Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Monday, June 11, 2012

kisah zaman sekolah dolu-dolu

Assalamualaikum,

Adoisssssss stress di jalan raya kembali lagi kerana cuti sekolah sudah abes. stress betol aku tengok kereta bersimpang siur didepan umah aku. yang nak menghale ke kl lah ke shah alam dan ke sekolah di belah belakang rumah aku tu. adus tensi mak cik nak pergi kerje walaupun aku pergi naik moto boleh cilok-cilok tapi keselamatan harus di utama ea.

Cakap pasal cuti sekolah dah abes nie aku tau mesti budak-budak sekolah sekarang nie badan korang semua lemau nak bangun pagikan sebab dah sedap cuti 2minggu kan terutamanya anak-anak buah aku tue sume. malas nak bangun pagi lagi.kan.kan abang n kakak. mak anjang tau korang tu malas nak bangun pagi kena mandi air sejuk kan. eleh xnak mengaku konon mak anjang tau ler sebab anjang pun penah sekolah jugak lah ")
mcam dorang bace je blog aku nie kan. hahah


korang zaman sekolah macam mana pula??? mesti sama jugakan macam aku malas nak bangun pagi. Aku dulu paling malas bangun pagi pukul 7.30am masuk sekolah pkul 6.45am or 6.55am baru aku bangun nak pergi mandi.Siap2 lagi pukul  bape bru nak selesaikan jadinya.korang pk lah sendiri.

kisah zaman sekolah aku tak berape nak menarik sebab Aku sekolah dekat sekolah menengah kebangsaan taman medan. Aku di besarkan di taman medan jadi aku adalah anak jati taman medan. Sewaktu aku sekolah aku adalah seorang pengawas. pengawas yang kurang berdisplin. Stiap kali kena bertugas waktu rehat aku akan bertugas hanya 5minit sahaja selebihnya aku melepak tengok budak melepak hisap rokok.haha. Aku tak suka tangkap orang, aku tak suka bagi orang kena denda jadinya aku lepaskan aje, setiap kali aku kena bertugas dibelakang makmal komputer waktu rehat. mesti ramai budak-budak dah bersiap sedia nak panjat tembok untuk lari keluar hisap rokok. aku hanya larang sahaja tapi tak kose nak merepot dekat cikgu. rimas aku tengok, bila dah kena denda nanti mereka berdendam, balik sekolah kene pukul jadi aku tak suka. 

Yang paling aku suka jadi pengawas adalah, aku suka datang 5minit lambat ke sekolah sebab jalan kaki terkedek-kedek dari rumah. penat tau rumah aku dengan sekolah je dah dekat 4km jauhnya. jalan kaki lagi tu berpeluh ketiak pergi sekolah dah wangi-wangi sampai2 je masam terus. Part yang aku suka bila dah datang lambat aku terus je duduk dekat tepi tembok sorok beg dekat atas tembok n then masuk terus je dekat depan pintu pagar n konon-konon tolong ambik nama budak yang datang lambat. hahah bertugas lah kononny padahal nak lepaskan diri dari kena ambik nama jugak. Bila cikgu tengok oh budak nie bertugas rupanya. :). lepas 2 lari r g ambk beg n masuk berbaris.hahha bijak-bijak.

Satu lgi aku suka jadi pengawas kalau ada pape nak buat kat sekolah kiterorang tau dulu dari murid yang lain, macam sportcheck, aku akan pengawas tak berdisplin hobi aku suka bawak hp g sekolah pakwe ramai kot time tu mane boleh tak bawak hp time tu masih gelemer lagi nokia 3100 jadi siape yang bawak ko hebat ok. so ble sportcheck aku akan sorok dlu hp aku dekat makcik cleaner sekolah sebab makcik tu ialah aku punya jiran.hahah kowtim ma. lepas tu baru aku bagi tau bdak-budak kelas aku. baguskan.

Sampai guru displin nak check kelas aku semuanya dah clear. liquid pun tak boleh pakai memang macam haram ler kan sian kawan-kawan aku tu jadi aku bagi lah idea-idea yang bijak punya untuk sorok kan semua barang larangan yang dibawa.

So kenangan paling aku tak boleh lupakan sewaktu aku jadi pengawas adalah. masa tu aku form 3 lepas peperiksaan pertengahan tahun. sekolah buat hari terbuka untuk ibu bapa sign report kad. start open day pukul 10.30am jadinya untuk masa pertama dan kedua (alah dulukan jadual waktu masa pertama masa kedua tu) kelas aku cikgu harun masuk, cikgu harun adalah cikgu kaunseling dekat sekolah kita orang tak suka sangat cikgu kaunseling sebab membebel je bagi ceramh. tak suka k. so dia masuk tengok kedatangan dalam kelas aku ada 40orang semua hadir time tu tapi dalam kelas hanya ade 38orang je. 2orang hilang dan cikgu harun pun cop dorang ponteng kelas dan mengamanahkan aku mencari dorang. Jadi aku carik lah dorang berdua, dorang tu ialah hidayah dan hanisah. Korang melepak dekat kelas sebelah aku inform lah dekat dorang cikgu harun masuk kelas n die cari korang. so dorang berdua kelang kabot r lari naik kelas. masuk2 kelas dornag kena denda sebab ponteng kelas depan budak-budak lain. hidayah nie baran orangnya pengawas jugak tapi pengawas paling gengster dekat sekolah kaki gaduh rebot pakwe. siapa rebot pakwe die memang korang tak pijak tanah r balik umah. ganas perempuan nie.so die pun marah r kena denda dengan cikgu harun, duduk dekat tempat duduk dia datang si hazim batu api yang menuduh aku memetik nama si hidayah nie dekat cikgu harun n macam-macam lagi. So habes waktu cikgu harun n ustazah haliza, hidayah datang ke tempat aku n tolak aku, dia menengking aku yang aku bagi tau cikgu ahrun dia ponteng kelas tapi hakikatnya aku tak bagi tau pun. Aku kena pukul teruk jadinya aku pergi report dekat guru displin yang aku kena pukul bersaksikan aishah kawan meja sebelah aku dia pun pengawa, jadi dialah peneman aku jumpa cikgu displin husni dan cikgu nasri. itu pun hidayah tak puas hati lagi dengan aku, die pukul aku lagi dekat kelas ramai kawan aku cuba meleraikan tapi tak berdaye die lebih kebal seperti dirasuk syaitan. lepas pergaduhan berlaku aishah sekali lagi menjadi hero untuk aku merepotkan kejadian yang berlaku kepada teacher saras selaku guru pengawas. teacher saras terus menelepon cikgu husni suruh membuat tindakan susulan, tak sampai 5minit cikgu husni dan cikgu nasri naik kelas aku tangkap di hidayah dan gengnya si hanisah. si batu api tu dah cuak cikgu nasri naik n nak lari tapi tak berdaye, kami di bawa ke bilik displin untuk soal siasat dijalankan. aku menceritakan kesah sebenar si samping aishah pun menceritakan ape yang berlaku kemudian hidayah, hanisah dan hazim,. Cikgu husni marah sangat dan hampir lunyai muka hazim di tamparnya kerana membuat fitnah memyebabkan pergaduhan berlaku. Pada waktu itu juga cikgu husni telah melucutkan jawatan hidayah sebagai pengawas. Hidayah tak berpuas hati dengan ape yang berlaku dengan dirinya sewaktu itu balik tu die serang rumah aku lagi, kebetulan abang aku ada dekat rumah, dia sperti orang dirasuk menjerit-jerit di depan rumah aku dan hampir memukul aku lagi. Abang sempat menahan dan memarahi dia, keesokkannya umi dan abang aku datang kesekolah membuat repot jadi hidayah di gantung 2minggu sekolah dan hampir dibuang, tapi guru besar mempertimbangkan rayuan makbapak dia.
so dia diberi peluang untuk bersekolah balik sambil dipantau oleh cikgu displin.

Tulah kesah yang tak menarik aku sewaktu sekolah dlu. korang pulak punya cerita lagi best kan. meyh kongsi dengan aku. 

2 comments:

Unknown said...

huish dasat gila pengalaman ko. aku xla sedasat tu. aku just slalu rasa xde kwn jek sbb aku gemok. huhu.

Qaseh said...

mia dasatkan. tulah lumrah yang aku lalui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...