Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, December 27, 2013

when my dream will come true



Bila lah salah 1 dr nie jd milik aku :(

Thursday, December 26, 2013

wordless thursday : nikah day



Wednesday, December 25, 2013

#throw back part 2 : true story behind the screen big day

 Assalamualaikum...


Hari nie kite cerita pasal part ke 2 plak ea. Kali nie topik pasal kos saving, mse kawen semua bnd nk buat kne pk psl kos. Kos dr A to Z, buat yg xtau aku kawen 100% duit kua semua adalah dr aku n en.suami no sponser from Pama or others. Spelah aku org nak sponserkan bknny artis,org kaya or org kemamaan.huhu

Alhamdulillah berkat nak mendirikan masjid. Aku nak kawen nie pun xde melibatkan pinjaman peribadi or yg sekutu dgnnya semuanya adalah dr hasil gaji aku n titik peluh sndr. Syukur xde utang lps kawen

Memang perit xterungkap bila semuanya ditaja sendirian berhad parent hny membantu dibelakang tabir n aku yg uruskan sendiri mereka hanya memberi pendapat sahaja.


Kenapa parent aku xsponser aku kawen, mst korg pelikkan. Xpe bia aku jwb soalan korg yg xterkelua tu.hihi.  ade banyak faktor yg membuatkan mereka xdpt membantu aku. Aku nie bknlah dalam kalangan org yg hidup senang. Bapak aku hanya seorang pemandu bas yang gaji basic die hanya rm1200 shj. Umi aku plak seorg surirumah tangga sepenuh masa. Komitment bapak aku sangat banyak, rumah,utiliti,pebelanjaan rumah n adk aku yg masih bersekolah. So dengan dunia yang harga barang sentiasa meningkat naik mcm mne bpak aku nak simpan duit utk anak die berkahwin. Wpun pun spttnya parents aku yg uruskan semua tapi xpelah aku xnak bebankan dorg, sbb dorg dah terbeban n berabis duit dah untuk membesarkan aku dr kecik sampai besa. Dah berjuta-juta duit dorg abis untuk besarkan aku. Aku amat bersyukur sangat. Tp aku lg bersyukur kpd Allah sbb permudahkan urusan aku utk berkahwin dan sentiasa memurahkan rezeki aku sewaktu itu. Duit aku xpnh kering wpun sesak. Alhamdulillah. 


Wpun parent aku terkilan dgn aku sbb aku buat keputusan untuk berkahwin awal n dorg xdpt nk bantu aku dr segi kewangan tp aku tetap berterima kasih dgn dorg sbb mereka mengeluarkan tenaga 100% utk memastikan semunya lancar. Wpun ade yg aku xpuas ati kadang kalanya.

Jadi sebelum majlis berlangsung aku mmg cepat sentap, yelah da semua sendirikan mst la byk bnd nak pk. Adik beradik hurm, xpyh ckp la. Kdg2 je menolong n selebihnya mengkeritik. So ble aku xpuas ati aku akan cepat marah. Mereka semua xphm tp xpe aku pendam. Aku nie sorg yg pemendam klu org yg xtau aku juga dalam kategori seorg yg pendendam tp aku dendam tgk bnd  gak. Bkn semua bnd nak dendam, tp kdg2 ati nie xsampai bila nak balas balik wpun hati sakit :(


Disebabkan kos semua sndrian berhad. Aku mengagahkan diri mrncari pakej2 yg murah utk perkahwinan,catering n sbgainya. Alhamdulillah aku dpt n jumpa pakej yg super B bg aku. Jom kita review balik kisah 1taun yg lepas. Aku kawen buat dkt dewan n nikah dkt rumah 


1.  Dewan :-  
- sewa dengan mbpj (pakai org dalam dpt murah sekali dgn aircond dpt rm590 sewa 1malam 1hari) 

2. Catering :-
- carik dalam majalah pengantin jumpa (impian event catering) masak sdp harga pakej dewan rm 10 per pax, 
- pakej include dj, pa system, kompang, makan adap n mkanan jemputan also kerusi n meja so aku dah jimat xpyh crk dj,pa system n kompang dkt snie xde kos extra. Jemputan 1000org.

3. Pelamin, makeup, baju n others : 

- aku ambk dgn abg ariff, kawan en.suami yang recomentkan. Alhamdulillah abg ariff mmg sgt sporting n tiptop hasil kerjaya dia n sentiasa membantu aku untuk mengurangkan kos n sentiasa memudahkan pengantin. Haaa klu nak tau aku punya pakej dgn abg arif nie aku ambk die utk 2belah pihak pny majlis. So xpyh pk n sekali bayar jeee. Hihiih yg paling aku puas ati pakej die sangat2 murah. Aku listkan dlu ea die pny services n nnt aku bg korg harga dia letak utk aku.



- pakej aku belah pompuan at taman medan
  1. Pelamin dewan 3panel garden deco, include kubah,walkway n kapet merah.
  2. Baju baru untuk sanding laki n pompuan (kot n dress)
  3. Baju nikah (kain sendiri) tp abg ariff jahitkan utk laki n pompuan siap manik2. 
  4. Baju persalinan 4pasang : songket laki pompuan, lengga, korea, n dress
  5. Make up 3kali, nikah,sanding, out door ( M.U.A dtg umah n ikot g outdoor dkt bukit fraser)
  6. Perhiasan pengantin.
  7. Kasut sndr sbb xde saiz n xsesuai dgn baju.
Belah lelaki at pandamaran klang.
  1. Pelamin 1 panel include pintu gerbang.
  2. Baju (kain sendiri) abg ariff jahitkan include manik2
  3. Makeup (m.u.a dtg umah aku dkt bukit tinggi)
So korg tengok list dkt atas tu korang rase2 berapa die cas aku. Agak2 klu mcm nie mst dah 10 ke 11k kan. Tapi ternyata tekaaannn korang silap beb. Die cas aku murah separuh drpd harga yg aku letakkan tu. Tau x dia cas aku half price dr tu. Alhamdulillah syukur. Dpt jimat lg aku kena bayar tambah tolak bahagi darab just rm6k je. 

Aku sgt puas ati dgn services abg arif nie ape tau, m.u.a aku tu mmg btl2 auuu n makeup model shj. Arrangekan baju persalinan aku dr saiz xl jd saiz s.hahhaha, arrangekan m.u.a aku ikot g outdoor dkt b.fraser.make up 4x dgn org yg sama, baju semua cantik2 n makeup pun cantik, pelamin tip top. Klu korg yg nak kawen nie crk mak andam or butik pengantin. Aku suggestkan korg listkan abg ariff sbg contact korg nak no die ko just pm aku or comment nnt aku bg ea. 

4. Cameraman :-

- nie en. Suami uruskan sbb cameran nie kawan die. Hahha dpat murah je dgn die nie. Dlm 2.5k ke 3k je aku rase sbb xbpe ingt cause en.suami yg uruskan. Services die

  1. Nikah pny shoot pd 31.08.12
  2. Outdoor pny shoot pd 1.9.12 dkt bukit fraser dorg yg pilih tempat
  3. Bersanding pny shoot pd 2.9.12 dkt dewan n abis kenduri outdoor shoot lg dkt tasik subang jaya. 
  4. Bertandang belah lelaki pada 16.09.12 dkt pandamaran n abis kenduri outdoor lg dkt laguna pulau indah.
  5. 1book Story album 
  6. 2books hard cover album
  7. 1pcs frame saiz besa with gamba
  8. 1pcs frame 8r 
Haaaa bykkn services dieorg utk kenduri aku cameraman ade 3org tau utk setiap event. Murah kitaorg dpt klu nk contact jugak blh inform ea. Nnt aku tunjuk hsl kje dorg yg bg aku dah tiptop.hihihi.  idea pun best2 je n gila2 pny org. 



Hurmmm ape lg ea. Aku dah byk lupa ler. Nie aku citer yg major pny services yg kecik2 nnt ea. Yg aku kne bayo ribu2 dlu aku cter. haha


Hurm nie je kot yg aku cter dlu nnt aku cter dlm #throw back part 3 pulak sbb baby dah bagun :)










wordless wednesday: K.A.M.I




#Throw Back : 1time pakai Product kecantikan


 Assalamualaikum,

Hari ini aku nak throw back cerita pasal aku yang baru mencubakan diri menggunakan produk cosmetic.

sebelum nie aku bukanlah seorang yang mementingkan kecantikkan dan penjagaan muka yang baik. Dulu aku rasa cuci muka pakai sabun papaya pun dah sgt ok n cukup baik asalkan kulit ok xde masalah  itu dah cukup baik untuk aku, sampai la satu hari dimana in the first time of my life aku kena makeup untuk majlis petunangan aku.

So aku pun dengan nasihat umi n akak aku diorang suruh aku ambk k.ira utk ambik jadi juru makeup aku bertunang dan k.ira ini jugak yang duluny penah makeup akak aku bertunang sebelum ni. hasilnya mmg cukup baik n die juga seorang pemilik pusat kecantikkan.


so dah hire die sbg M.U.A aku waktu bertunang, seperti dijanjikan di datang la uma aku tepat jam 12.00pm sbb aku bertunang lepas asar. masa makeup dicakap kulit muka aku nie sebenarnya kasar n xbrpa elok bagai. so aku nie cepat sgt percaya cakap orang kan dah dengar macam tu terus mengelupur la yang mana aku selama nie percaya kulit muka aku dah cukup baik tapi rupanya tidak. k.ira pun Tanya aku sebelum nie pakai produk ape. 

jadi aku ceritalah, yang aku pakai produk cikai je sabun cap papaya n temulawak. lepas tu start la marketing die suruh aku try produk die n die Berjaya menyakinkan aku produk tu bagus sbb tgk kak aku pkai produk tu xde ape kesan pun. so aku pun yakin dgn 100% lah produk tu bagus :(


so lepas abis kenduri semua aku pun apa lagi try la produk tu g kedai k.ira buat facial semua n beli trial pack. mmg facial die buat sedap n muka rasa ringgan tapi kesannya belum sampai lagi.

Dengan saranan k.ira aku ambik trial pack utk mencuba.




sebelum penggunaan produk itu



12.4.2012 : hari aku x igat tp tarikh tersemat di kalbu.

kesan penggunaan terhadap produk tu dah mula terasa dimuka, kulit aku dah mula rasa kering n pedih. aku dah start negative tp tbe2 aku teringgat yang k.ira cakap ade kulit yang bermasalah mungkin akan kering dan mengelupas teruk tp jgn stop pakai produk ini. kena keep on, so aku keep on. nie hasil muka aku dlm masa 1minggu

 



gamba diatas adalah seminggu penggunaannya. dah terasa kesan, masuk minggu kedua ya allah makin mengelupas muka aku tapi yang peliknya tempat yang paling teruk n sensitip adalah kawasan keliling bibir mulut mengelupas teruk dah macam berjanggut n bermisai dah aku nie. sampai en.suami cakap aku nie dah macam jantan.huhuhu hamper 1bulan lbh  jugak lah nak baik muka aku nie.huhuuhu












aku siap double check dgn HQ produk tu mmg dia cakap kesan dia amat ketara bagi kulit yang bermasalah. aku dah mula risau sebab majlis kawen makin dekat takot kesan xboleh hilang tapi dengan nasihat semua orang aku Berjaya bersabar dan Alhamdulillah kesannya makin berkurang dan terus berkurang, mula2 mengelupas dah xde sangat dah tapi kesan hitam masih ade tak apa aku sabar lagi.


sumpah weii nak kua rumah malu muka macam nie, lagi lah nak dating dgn en.suami lg malu kena gelak. tapi xpe dalam gelak ada dorongan. nak cantik konon punya pasal haruslah berkorban.



minggu ke 7







kesan masih ada lagi hingga minggu ke 10. saba lagi menunggu hasil nak cantikkan saba ke la ketahap 200%


akhirnya minggu ke 11 kesan dah mula hilang sikit demi sedikit.










tepat minggu ke 12 Alhamdulillah kesan hilang sepenuhnya.







Alhamdulillah aku mengambil masa 3bulan untuk dapatkan balik kulit yang baik n hasilnya aku sangat puas hati. tersangat puas dan en.suami pun dah tak gelakkan aku lagi tu yang penting :)






yang penting masa waktu nikah M.U.A aku cakap kulit aku Nampak macam xbest tapi bila pegang lembut rupanya. kurang hasam nie orang nasib ko kategori AUUUUU so aku tak heran sbb mulut korang mmg laser era. aku pun laser jugak.


tapi M.U.A aku mmg cantik badanya kalah aku yang masih anak dara lagi time tu.


ok sampai sini jelah cerita aku. kalau nak tau aku pakai produk ape yang kesannya hebat ketara. hohoohoh tgu la next episode aku dah malas nak taip lagi


peace :)


dari kami




Tuesday, December 24, 2013

#throw back part 1: sebalik tabir wedding

Assalamualaikum,


Bulan 8.12 adalah bulan keramat untuk diri aku yang mana aku dr seorg remaja a.k.a anak dara bakal melangkah ke step seterusnya iaitu kealam rumah tangga. Persiapan Perkahwinan semuany aku uruskn dr A to Z. Sedih, penat, letih, terasa ati semua ada n yg plg ketara cpat tersentap. Ckp sikit sentappppppp x blh blah.haha

Hari ini aku nak menceritakan disebalik tabir pembikinan perkahwinan aku. tarikh pernikahan aku pada 31.08.2012 jatuh pada hari cuti merdeka dan hari jumaat, persandingan disebelah perempuan pada 02.09.2012 and 16.09.2012 persandingan sebelah lelaki, cantikkan tarikh aku n en.suami pilih sume time coti. Aku start bercuti pada 28.08.2012 sehingga 04.09.2012 untuk sebelah perempuan. and 15.09.2012 sehingga 23.09.2012 cuti untuk persandingan belah lelaki dan jugak cuti untuk honeymoon.

start cuti tu aku dah tak boleh nak keluar rumah dah. Kena kurung kot,hahahah. Dah kena dok umah tak tau nak buat apa aku pun siapkan lah segala mak nenek yang tak disiapkan lagi. Alhamdullillah so far semuanya berjalan lancar. Aku dapat siapkan semua beg goodies yang beribu-ribu tu and bunga telur yang tak disiapkan lagi.


pada 30.08.2012 (khamis) pula adalah hari aku jadi anak raja sebab tangan dan kaki tak boleh nak jalan sebab kena pakai inai. Aku tempah inai dekat budak office kita punya sepupu suruh datang umah ler takkan nak kuar.


sewaktu aktiviti segalanya berjalan kita diteman oleh mia my BFF yg duluny tak sebulu lame-lame boleh ngam and jadi rapat :)


so kita pilih pakai Henna, hasil henna yang diberikan korang tengok lah sendiri and kita pakai 2layer punya inai. 








hasil inainya tak berapa nak cun sangat, agak kecewa jugak lah tapi nak buat macam mane kan dah buat. hurm, budak yang buat henna nie namanya anis lembut sangat orangnya. borak punya borak rupa-rupanya satu kampung dengan nenek aku. ayah aku kenal ayah die rupanya orang kampung juga.hahah

nak buat inai nie sampai berjam-jam lamanya. letih jugak ler nak tunggu bontot pun dah lenggoh. Aku duduk thn ler nk terkincing, terberak semuany ler hmpir 6jam kooo.. oiii sumpah 1sekali seumur hidup je aku nk berinai2 nie. Lps nie xmau da.hoho. 

So dkt 6jam hasilny mcm gambo dkt ats tu ler. Kurengknnnnn

Ok sampai snie je cter aku 



Next aku smbung pulak dlm #throw back part 2 wait yaaaaa

Anugerah Allah s.w.t yg terindah :)


Wednesday, December 18, 2013

Sekembalinya aku seorang blogger

Assalamualaikum dan selamat malam, wahai sahabat blogger yg disayangi sekalian. Alhamdulillah kini aku sudah genap berusia 22tahun. Aku bahagia dengan kehidupan aku yg sekarang dan aku bahagia bergelar isteri pd usia muda.

Aku terasa dihargai dan disanjungi kerana dikelilingi oleh orang2 yang benar-benar sayangkan aku iaitu suami aku, anak ku dan kedua2 family yang aku cintai ♡♥.

Kini aku kembali ke dunia blogging seperti dulu. Tapi sebelum aku merepek lebih panjang dalam blog usang ini. Aku ingin berkongsikan sesuatu di sebalik tabir blog ini kpd semua.


*** bermulanya sebuah kisah ****(

Tertubuhnya blog ini adalah kerana Aku yang  mengatai tangan createkan blog nie dengan menggunakan email qaseh. Email qaseh adalah diatas kesinambungan kasih sayang antara aku dan en.suami. jadi ingin aku mengabadikan cerita saat indah aku bersama en.suami didalam blog ini, dari kami bercinta hinggalah bertunang seterusnya perkahwinan dan kehidupan lpa berumah tangga jadi terciptalah blog qasehshamira ini . Dulu aku bercita-cita tinggi nk blog nie jd dairy yg abadi tapi cita-cita aku hanya tinggi mengunung hasilnya hanya hangat-hangat taik ayam. Banyak post2 yang aku dah taip tp hanya tersimpan di draf shaja.

Aku telah meregisterkan blog aku ini didalam nuffang. Didalam nuffnang aku telah meletakkan nama en.suami ku sebagai owner blog nie kerana aku nk rse ape itu kelebihan n manfaat blogging sbb die xpercye sgt ler dgn blogging blh menjana pendapatan n skrg aku je yg hupdated. Sbb sebelum ini aku ade blog aku sendiri iaitu lalinkmira n register dkt nuffnang ats nama aku blog nie tapi skrg blog ini aku dah diactivekan sbb itu adalah blog aku sebelum aku berhijab, banyak sgt gamba2 yang xsepatutnya aku tunjukkan dalam blog. Aku xnak dapat dosa kering senang2 je dpt dgn bg tgk org yg bukan muhrim aku melihat aurat2 ku :) macam alim jekan.hihiihi. baik aku mencegah sebelum terlewat tp msh ade lg gmba2 yg terlps di fb2 kawan2 sblm aku berhijab takotny rse nnt ble mati. Ok aku dah start tersasar dari landasan.hiihi. maafkan aku.

Ok back to the normal. Sbb cita2 aku jd hangget2 tahi ayam adalah kerana ;-

  1. Laptop aku xde internet lg sbb broadband aku en.suami dah nyah activekn cause nk jimat cermat tarikh kawen da nk dkt ;( blnje byk nk pkai money utk kawen? 
  2. Dlu dkt office eebsite blogger xde pulak kne block tp skrg dah kne block jd aku dah xde tempat nk betgantung berharap lg :(.
  3. Disebabkn faktor diatas nie, aku makin jadi lg malas nak berblogging lg. Tambah lg aku nie adalah seorg manusia yg cpt down n xnk berusaha atau nama santifik die PEMALAS. Hahha malas itu adalah aku. 

Ok jadi setelah bertahun,berbulan lamanya aku meninggalkan dunia bloggimg dan sbokkan diri dgn dunia realiti bukan fantasi. Aku telah bertekat untuk menjadi sorg blogger balik. Dan aku akan throw back all the story satu per satu tanpa tinggal secalit pun cerita untuk diabadikan dlm blog ini. 

So jgn ko jemua dgn throw back aku yg mungkin ber part2. Hahaha.
Ok anak dah nagis nak nenen jmpe lg assalamualaikum :) 



P/s : tgu my story throw  back naaaaa :)♡♥♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...