Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Wednesday, June 20, 2012

kad kawen + makan makan lagi - STEW GRILL-

Assalamualaikum,


Hari sabtu lepas aku pergi ke JALAN TAR untuk buat tempahan kad jemputan kawen aku tu. Nak kawen lagi 2bulan tapi kad tak buat lagi.hihiihhi. 


Pak edan kerja malam hari jumaat tu jadinya die tak balik umah terus. Die lepak jap dekat parking bawah rumah aku tido dlu.hihi. So pukul 8.00am die kol n kejotkan aku bangun tdo. Terukkan aku ade ke suruh laki yang kejotkan aku bgn tdo.hihii. Jadinya aku siap-siapkan so sebelum pergi breakfast dulu dekat kedai roti canai kayu yang super sedap area rumah aku, tapi tak de ga gambar la pulak nak letak. nanti aku pergi lagi aku letak ea.


mase tengah breakfast syok datang pulak jiran sebelah rumah aku abang bob tumpang meja sekali nak breakfast cz kedai penuh tak ade meja kosong. aku ok je. kami pun syok borak-borak. abang bob pun tanya pagi-pagi keluar nak pergi mana. aku pun bukak ler cerita nak g tempah kad jemputan and blah-blah-blah.

die terus suggest dekat aku tempah yang die pergi dulu tapi die dah tak berape nak hengat tempatnya still bagi direction jugak tapi direction yang salah. die suruh aku pergi bangunan hijau depan dengan wayang lama. n naik atas sekali bangunan tu. aku dengan edan pun sungguh ler nak pergi sana tapi sebelum ke sana park kerete dulu dekat pertama complex n kebetulan pak edan nak terkucil jugak.hihihhi. aku tau dekat pertama pun banyak jugak kedai buat kad kawen. :) aku dah survey dulu kad kawen dekat pertama comlpex tu ade lah dekat 10 kedai aku masuk n mark kedai mana paling murah. aku nak meronda dulu dekat pertama tapi pak edan nak jugak pergi tempat abang bob suggest tu last2 salah tempat call balik abang bob die cakap sebenarnya dekat semua house.


pe lagi terjah pulak semua house. mase nak on the way semua house kan lalu pasar jalan TAR. Pasar Jalan TAR nie memang Fav aku sebab semuanya best jadinya aku cuci mate lah dulu. aku kan suka makan jadinya  semue benda makan aku nak beli, pak edan pulk anti aku pergi sini sebab duet aku boleh habis beribu riban dekat snie :)


sebelum pintu masuk belakang semua house nie ade orang jual STEW GRILL, alah die macam steak tu tapi steak nie die buat bentuk cucuk-cucuk sedap giler aku tengok di salut pulak dengan black paper sos perhh terliur siot aku. cakap dengan pak edan. nak beli tu lah macam sedap je. pak edan tak nak bagi aku beli cepat-cepat die tarik aku , motip taknak bagi aku beli sebab aku dah gemok. tension siot aku dengan die.
so mase masuk tu aku tak belilah, lalu dekat pintu masuk semua house tu de family tengah makan benda tu siap die puji-puji lagi sedap. nie tak boleh jadi nie aku nak jugak tgu r kuar nanti. jadinya aku pun dah nekad nak beli ok.


so cepat-cepat cari kedai tu, dah jumpe tapi semuanya tak berkenan di hati aku dengan pak edan .so keluar balik so buat keputusan pergi tempah dekat kedai yang first-first kami masuk tadi dekat pertama complex so kena patah balik ke semua house. pe lagi aku jalan dulu tinggalkan pak edan dekat belakang aku. cepat-cepat aku pergi ke kedai stew grill tu n beli chicken grill. pak edan pulak hilang sesat pergi ikot orang lain yang die ingat itu aku. cis nasib baik aku sempat kejar die.


nampak tak mamat tu tengah buat ape. benda tulah aku nak beli


banner STEW GRILL siap tulis menu  n harga die lagi tau. korang boleh pilih ok
kalau korang pengemar kamping pun ade jual korang boleh rase. disebabkan aku tak berape nak suke makan daging sangat jadi aku pilih ayam sebab ayam is my fav. yumm.yumm

beratur ok nak beli. mase aku tangkap gambar nie pak edan kat belakang aku. aku elok je dok diam-diam dekat snie rupanya pak edan tak perasan aku dekat snie dia ingat aku dah menghale ke pertama complex cepat-cepat aku kejar die. geram betul

haaaaaaaaaaa sedap tak, sedap sangat. rugi tak beli

muke puas hati dapat beli chicken stew grill

perasmian makan perhhhhhh daging ayam die lembut giler.

so korang teruja tak. kalau teruja n nak rase korang boleh pergi ke PASAR JALAN MASJID INDIA.
setiap hari sabtu pagi pun dah bukak dah gerai dekat masjid india nie. landmark die dekat dengan semua house pintu belakang bukan main entrance tau. 

selamat mencuba kawan-kawan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...