Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Saturday, May 19, 2012

Kenapa mesti pilih iphone 4s.

Assalamualaikum..

Semua orang tau APPLE telah melancarkan iphone yang terbaharu iaitu Iphone 4s. Tahniah di ucapkan kepada APPLE kerana telah berjaya menyeluarkan Model terbaharu Iphone yang di lengkapi dengan pelbagai sistem dan applikasi yang menarik untuk kegunaan pengguna zaman sekarang yang mementingkan Trend "up to dated".

Semua orang dok sibok menceritakan kehebatan Iphone 4s dari model-model lain smartphone yang lain, termasuklah aku jugak dok sebok nak bercerita jugak tentang kehebatan Iphone nie dekat korang tapi sebelum tu aku nak tanya korang! Korang tau tak sekarang nie maxis dah lancarkan pakej-pakej terbaharu dan terkini untuk Iphone 4s nie. Haaaaaaaaaaa mesti korang tak tahukan.

Baik biar ku cerita dekat korang tentang kehebatan iphone 4s nie dengan pakej-pakej yang di tawarkan oleh maxis :) baik kan aku suka kongsi info (statement nak kena lampor) .


ok,let me story to you apa itu kehebatan iphone 4s nie dulu ea. Makcik cita satu persatu untuk korang.






1. Performance
Dilengkapi dengan cip dwi-pemprosesan (dual-core) yang sama dengan apa yang dimiliki iPad2, iPhone4S kini 2x lebih pantas berbanding generasi sebelumnya iaitu iPhone4. Kad-grafik juga dipertingkatkan dan GPU grafiknya kini dikatakan 7x lebih pantas dan hebat berbanding iPhone4. Perubahan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila anda menggunakan aplikasi yang berat dan menggunakan memori yang banyak. Semuanya menjadi lebih pantas dan pertukaran aplikasi (multitasking) juga lebih laju. Beberapa syarikat besar sudahpun mengumumkan aplikasi dan permainan yang menggunakan kehebatan GPU baru ini seperi Infinity Blade II dan Real Racing versi terbaru.


2. Camera
iPhone4S memuatkan kamera 8megapixel yang sangat hebat, mampu mengambil gambar beresolusi 3264 x 2448. Resolusi ini melebihi 60% pixel daripada apa yang dihasilkan oleh iPhone4 yang sudahpun mempunyai kamera luar biasa. Lagi perkara baru pada kamera iPhone4S adalah ‘illumination sensor’ yang dipertingkatkan bagi mencantikkan gambar di kawasan gelap dan juga ‘infrared filtor’ bagi hasil warna yang lebih tepat dan tajam. Apple juga memuatkan ‘Custom ISP’ (Image Signal Processor) bagi membolehkan dari homescreen kepada menangkap gambar dalam masa hanya 1.1 saat dan hanya 0.5 saat untuk menangkap gambar seterusnya. Ya, memang sangat pantas.







3. Video Camera
Walaupun iPhone4 sudah boleh merakam video HD, ianya dilimitkan pada resolusi 720p sahaja. iPhone4S mempunyai kemampuan merakam video HD-penuh (Full-HD) beresolusi 1080p. Perakam video iPhone4S juga mempunyai beberapa perkara yang hanya terdapat dalam kamera video profesional seperti ‘temporal noise reduction’ dimana ianya membantu rakaman video yang cantik di kawasan gelap serta kurang cahaya dan ‘image stabilization’ untuk mengurangkan getaran video jika tidak diletakkan pada tripod.



4. Siri
iPhone4S dilengkapi dengan ‘Siri’, pembantu peribadi digital anda. Siri dapat mengenal pasti bahasa inggeris semulajadi anda, seperti bahasa ketika bersembang sesama manusia, bukannya hanya memahami beberapa perkataan sahaja. Siri dapat membantu anda jika anda bertanya perkara-perkara seperti restoran mana yang terbaik di kawasan ini, menempah tiket wayang dan bertanya jalan ke sesuatu tempat. Siri juga boleh membantu untuk membacakan mesej anda jika anda tengah memandu atau berjoging, membalas semula mesej, menulis dan menghantar email, memberi maksud perkataan (kamus), mengunci jam (alarm), bertanya mengenai cuaca dan macam-macam lagi. Siri mengalahkan semua teknologi pengesan suara termasuk apa yang ada pada peranti Android, kerana Siri dapat memahami bahasa dengan baik dan mempunyai capaian maklumat yang sangat luas.





5. Airplay Mirroring
Airplay Mirroring ini adalah perkara yang difokuskan kepada sesiapa yang sudahpun memiliki Apple TV, tetapi antara kelebihan yang terbaik di dalam iPhone4S ini. Dengan Airplay Mirroring, anda dapat melakukan apa saja dengan iPhone anda dan lihatnya dengan langsung di TV anda menggunakan Apple TV. Ini bermaksud anda dapat melayari internet, menulis email, dan juga bermain games di TV besar anda, dan semuanya tanpa wayar (wireless). Syarikat besar sudahpun mula mengeluarkan permainan yang dapat menggunakan fungsi ini seperti Real Racing 2, anda boleh bermain multi-player, berlumba bersama rakan anda di TV, seperti bermain konsol PS3. Fungsi hebat Airplay Mirroring ini hanya terdapat pada iPad2 dan iPhone4S sahaja.








6. Improved Antenna

Apple menerima banyak kritikan dan tekanan ketika mula mula iPhone4 dilancarkan dengan isu kontroversi masalah antenna. Imej Apple juga tercalar serta kerugian jutaan ringgit dengan memberi Casing Bumper percuma kepada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut. Kali ini, Apple telah melakukan kajian mendalam dan menyelesaikan perkara ini dengan bijak. iPhone4S mempunyai 2 antenna di bahagian bawah dan di bahagian atas, membolehkan ia bertukar bila-bila masa jika ada sebarang masalah talian. Kualiti percakapan telefon juga kini lebih baik, jelas dan tidak mudah terputus seperti apa yang pernah berlaku dahulu. Dan jika telco anda mempunyai HSDPA+, iPhone4S mempunyai kelajuan sehingga 14.4 Mbps. Kelajuan 2x ganda berbanding iPhone4 dan sama kelajuannya dengan telefon-telefon 4G.


7. Battery Life
Walaupun memuatkan hardware yang baru dan lebih berkuasa seperti Cip dwi pemprosesan A5, kamera 8megapixel, dan fungsi Siri yang sentiasa bersedia untuk membantu, iPhone4S masih mempunyai masa bateri yang boleh dikatakan agak hebat dan mengatasi saingan-saingannya. Masa bercakap dengan 3G kini 8jam, berbanding hanya 7 jam pada iPhone4. 14jam jika menggunakan 2G, 9jam jika melayari internet menggunakan Wi-Fi, 10jam menonton video tanpa henti, dan boleh mendengar lagu sehingga 40 jam berterusan. Jika anda bukan lah seorang pengguna yang lasak, iPhone4S mempunyai masa bersedia (stand-by time) selama 200jam.


8. Design
Walaupun hampir semua daripada kita menjangkakan iPhone generasi baru ini mempunyai rekabentuk berlainan, iPhone4S masih mempunyai rekabentuk antara yang terhebat dan dikatakan pencapaian menakjubkan dari segi kejuruteraannya. Walaupun rekabentuk ini sudah digunakan lebih daripada setahun, ia masih kekal sebagai rekabentuk smartphone paling nipis di dunia setakat ini iaitu hanya 9.3mm keseluruhan. Ada yang mengatakan bahawa Samsung Galaxy S II lebih nipis, tetapi bahagian bawahnya mempunyai ketebalan 9.9mm, jadi nipisnya tidak konsisten. Takhta smartphone paling nipis di dunia masih dipegang oleh Apple setakat ini. iPhone4 disifatkan sebagai smartphone paling unik dengan rekaan nipis, antenna di luar dan cermin depan dan belakang kaca. Keunikan tersebut dikekalkan dengan iPhone4S ini walaupun perubahan hardware dalaman yang ketara.



9. Apps
Apple App Store tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Apple merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan App Store untuk membeli aplikasi secara terus di dalam telefon dan kemudiannya di tiru oleh saingan saingan yang lain. Platform iOS jauh meninggalkan saingannya jika dilihat dari segi pasaran aplikasi. Kualiti App Store juga dijaga sangat rapi oleh Apple. Proses untuk meluluskan aplikasi sebelum dimasukkan kedalam App Store sangat ketat dan jika tidak mencapai standard, aplikasi tersebut akan dibatalkan dan ditolak. Ini menunjukkan hanya aplikasi yang baik dan berkualiti sahaja dilepaskan masuk kedalam ekosistem Apple. App Store kini mempunyai lebih 500 000 aplikasi, 140 000 daripadanya adalah aplikasi iPad. iPhone4S sudah tentunya dapat digunakan bagi hampir kesemua aplikasi di dalam App Store, bergantung kepada penggunaan anda, ditambah pula dengan cip pemprosesan A5, pastinya aplikasi dapat digunakan dengan sepenuhnya dan lebih laju.


10. Satisfaction
Produk-produk Apple terkenal dengan ayat seperti “Magical” dan “It just works,” sudah tentu lah iPhone4S juga tidak terkecuali. iPhone4S, sama seperti iPhone-iPhone sebelum ini, sangat sangat smooth, jarang sekali lagging atau crash (hampir tiada melainkan jailbreak), dan tidak mempunyai isu isu remeh seperti saingan-saingannya. Apple mencipta hardwarenya, Apple juga mencipta softwarenya, dan kedua dua perkara tersebut dapat berkerjasama dengan begitu baik sekali, menghasilkan sebuah telefon pintar yang sangat laju, tidak mempunyai masalah dan disayangi oleh hampir semua yang menggunakannya. Jika tidak percaya, biarkan nombor berbicara. Kajian yang dijalankan, kepuasan pelanggan untuk produk Apple melebihi 90% setiap tahun, jauh meninggalkan HTC di tempat kedua dengan hanya 70%. Dijangka kan iPhone4S akan meneruskan kehebatan Apple dan rekod yang hebat ini.


Ok macam mana korang menarik dan tetarik tak. aku yang buat entry nie terasa amat-amat ler menari dan tetariknya Iphone 4s nie. aku pikir nak take want lah tapi after kahwin lah sebab nak pakai duit banyak sekarang nie.Tadi aku cerita tentang kehebatan Iphone4S nie sekarang korang tengok plak iklan die nie perhhhhhhhhhhhhhhhh.




ok cukup sudah aku cerita kehebatan isi kandungan iphone 4s nie sekarang aku nak cerita plak dekat korang kehebatan pakej maxis kepada pengguna Iphone 4s  dan bakal pengguna.

kalau korang pkai Iphone 4s mahal2 tanpa ade line untuk connect ko punya telephone pun tak guna jugakkan jadi, apa kata jom kita jengah masuk ke website maxis nie untuk intai-intai apa yang menarik.


wow banyaknya pakej yang menarik maxis berikan kepada anada semua.

tengok masuk-masuk website maxis dah kagum kejap

banyak info yang berguna di berikan oleh maxis kepada peminat-peminat Iphone 4s


Maxis sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk pengguna memilih pakej yang terbaik dan menjimatkan dari maxis. Tengok lah gambar bawah nie sahaja dah menarik.



maxis juga menyediakan plan yang terbaik seperti jadual dibawah anda hanya perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar bulanan ansuran sahaja.
pilih saja pakej yang menjimatkan untuk anda dan juga pakej yang menampung penggunaan anda seharian. Setiap orang lain cita rasa dan had penggunaan. Jadi aku tak berani nak suggest plan mana yang paling baik untuk korang. Kalau korang perlukan maklumat lanjut just call aje contact centre maxis.

Jom kita selongkar plak Plan lain yang diberikan oleh Maxis. Bagus betul lah maxis nie kan macam macam plan yang di berikanya.

plan nie sesuai dengan orang yang bajet nya rendah untuk maintanance bulanan bagi telephone.


nie plak sesuai bagi mereka yang rajin surfing internet or suka sangat ber fb and tweeter sesuai untuk korang ea.

nie plak untuk mereka yang suka bergayut macam laki aku memang sesuai untuk awak yunk.

Dengan pakej yang disediakan oleh maxis semestinya korang semua pun dapat pakai Iphone 4S dengan mudah tanpa perlu Pikir 80puluh kali.

ok aku rasa cukup sudah entry aku yang panjang lebar nie ntah ada yang baca ke tak pun aku tak tau tapi aku just nak kongsikan cerita sahaja. harap info nie berguna untuk korang semua ea.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...