Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, June 29, 2012

2bulan lagi check list


Tarikh:
Nikah : 31. AUGUST 2012 (evening@night)
Resepsi : 02 SEPTEMBER 2012 (day)
Bertandang: 16 SEPTEMBER 2012 (day)

2. Theme & concept:Nikah : Tiffany blue + white (confirmed)

Resepsi : Dark Purple + turquoise (confirmed)
Bertandang :  turquoise 

3. Legal documents:Kursuskahwin: Done

Hiv Test: Done 
Borang Kebenaran Nikah: In progress


4. Venue

Nikah : Rumah @ masjid ( not confirmed)
Resepsi : Dewan Serbaguna mbpj
Bertandang: Rumah, pandamaran

5. Catering/CanopyNikah : pending (umi’s task)

Resepsi : Already paid deposit RM980. Balance-Pending
Bertandang: Pending

6. Pelamin

Nikah : Mini pelamin- pending (to be confirmed)-
Decoration: Flower paper (To be confirmed)
Design: Done-Bantal nikah: Abang Ariff provide
Resepsi : Already paid deposit RM1500.Balance-Pending-
Decoration: Pending-
Design: To be confirmed
Bertandang: Pending

7. Photographer

Nikah : Done ( future husbands task)
Balance on accommodation+transportation-Pending
Resepsi : Done ( future husbands task)
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending

8. VideographerNikah: pending

Resepsi: pending
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits

Nikah:-Dress: Pending.
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.



Resepsi:
-Dress: -

Tudung: -
Veil: Done                       butik bridal gallery        
 -Shoe:  to be confirmed
-Accessories: +Outdoor dress: 

Bertandang:

-Dress: Pending.
-Tudung: Pending
.-Veil: Pending.
.-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

10. MakeupNikah: 

Test make up- To be confirmed
Resepsi: 
Test make up- To be confirmed
Bertandang: Pending

11. Doorgift

Nikah: none
Resepsi: in progress
-VIP doorgift: k.yun sponsor
 -Guest doorgift: Pending.
Bertandang:Pending

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece

Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending

13. Batal air sembayang

For her: Done

14. Invitation Card

Nikah & Resepsi:-500pcs = Done (rm400)
-Balance: Pending
-Design: Done
-Printing: in progress

15. CakeNikah: None

Resepsi: Catering provide
Bertandang: Pending

16. Jurunikah/Pembaca doa

Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending

17. Handbouquet

Nikah: Pending-Types & colors of fresh flower: Pending
esepsi: Pending -Types & colors of crystal: Turquoise, Purple, White
Bertandang: Pending

18. Guest ListNikah: 200 invitees. To be confirmed

Resepsi: 1000 invitees. To be confirmed

19. MC/Kompang/Entertainment

MC: catering provide
Kompang: catering provide
PA system: catering provide
CD of songs: catering provide

20. Pengapit/Bridemaids/Bestman

Nikah & sanding : Bridemaids & Bestman1-
 Bridemaids: MIA
- Bridemaids dress: Kebarung, satin

1- Bestman: future husband site
-Bestman outfit: Baju Melayu, black-Pending

Bertandang: Pending

21. Dresses for family

Resepsi: her family.Her family: turquoise - Pending
30 corsages: The craft potion sponsor :To be confirmed
Bertandang: Pending


22. Bilik pengantin
Katil: DoneDecoration: mira tasks 


 22. SignageResepsi: 
20pcs.Location: Done allocate.
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign: : Pending 


 23. Facial/Massage/InaiPending

24. Honeymoon

Date: (To be confirmed)
Location: (To be confirmed)
Tickets: Pending
Accommodation: Pending

25. Pre/Post Wedding

Photographer: pending
Theme: To be confirmed
Outfit: Pending
Location: To be confirmed
Date: To be confirmed

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday (2) countdown


Saturday, June 23, 2012

4 tips rumahtangga bahagia


Assalamualaikum,
Aku bakal melangsungkan perkahwinan aku tak lama lagi jadi aku rasa aku perlu mencari tips-tips yang bagus untuk aku selepas berkahwin untuk mencipta keluarga bahagia. Dalam hidup aku banyak contoh yang tak baik patut aku elakkan dari berlaku dalam hidupan aku sebelum kahwin.

Jadi aku memerlukan info-info yang baik untuk diri aku, aku bakal berkahwin muda, aku takot kalau aku tersalah memilih jalan hidup n menyebabkan satu hari nanti aku meyesal.jadi mari kita berkongsi tips2 untuk pasangan yang kahwin muda macam aku.

aku ade terbaca satu artikel di blog-blog jadi aku nak share dekat korang. ilmu tak baik untuk di simpan lagi baik dikempangkan jadi aku mengembangkan sedikit ilmu kepada korang :)
Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan kebahagiaan didalam perhubungan mereka. Tetapi ia tidaklah semudah yang diharapkan dan kebahagiaan juga tidak akan datang bergolek. Untuk memastikan rumahtangga bahagia, pasangan perlu berusaha keras serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan, pasti usaha untuk rumahtangga bahagia tidak akan berhasil. Antara tips yang mungkin boleh diamalkan pasangan untuk kebahagiaan mereka adalah…….
(1) Komunikasi- Komunikasi adalah amat penting didalam perhubungan. Rumahtangga yang bahagia akan terhasil daripada hubungan komunikasi yang baik. Tanpanya, pasti permasalahan yang wujud didalam hubungan tidak dapat diselesaikan.
Selain daripada itu, ia juga adalah cara paling sesuai untuk pasangan meluahkan perasaan yang terpendam. Luahan perasaan amat penting untuk mengelakkannya berubah menjadi dendam. Ia sangat berbahaya didalam hubungan. Untuk memastikan rumahtangga anda bahagia, anda juga perlu memastikan bahawa anda mampu untuk berkomunikasi dengan baik terhadap pasangan.
(2) Kejujuran- Kejujuran juga merupakan tips penting untuk rumahtangga bahagia. Ini adalah kerana tanpa kejujuran akan membuatkan pasangan anda terasa seperti dianiaya. Perkara yang sering menjadi masalah adalah apabila peranan kejujuran hanya dimainkan oleh sebelah pihak sahaja.
Keadaan pasti akan menjadi lebih buruk sekiranya segala penipuan yang dilakukan terbongkar. Sekiranya masing-masing mampu untuk jujur terhadap pasangan, pasti tiada masalah untuk menikmati rumahtangga yang bahagia didalam perhubungan mereka.
(3) Kepercayaan- Kepercayaan adalah merupakan satu proses yang perlu dibina, dan ia tidak akan wujud dengan begitu sahaja. Bina kepercayaan pasangan dengan pembuktian yang mampu anda lakukan. Apabila kepercayaan telah wujud antara pasangan, pasti tiada pemikiran negatif yang akan timbul.
Ini akan membantu rumahtangga anda bahagia. Apabila anda sudah berjaya untuk mendapatkan kepercayaan daripada pasangan, peliharalah ia sebaik mungkin. Ia kerana kepercayaan adalah merupakan satu proses yang sukar untuk dibina.
(4) Hormat-menghormati- Saling hormat-menghormati adalah merupakan elemen penting untuk rumahtangga kekal bahagia. Setiap manusia suka apabila merasakan diri mereka dihormati. Ia secara automatik akan memudahkan mereka untuk menghormati orang lain pula.
Semestinya anda juga pasti berasa gembira apabila merasakan diri anda dihormati bukan? Apabila perasaan hormat wujud diantara kedua-dua belah pihak, pasti setiapluahan kata-kata akan lebih terbatas. Anda perlu tahu bahawa kata-kata boleh meninggalkan kesan luka yang dalam terhadap hati seseorang. Jangan sesekali meluahkan kata-kata mengikut perasaan.

Friday, June 22, 2012


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
cari jodoh
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Penyakit “Tidak Jelas”
Ini adalah doa dan cara percepatkan jodoh. :)
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan, saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust. Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell..
“Aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku.”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama.. Nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
Doa Cari Jodoh
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.
Hanya ‘Beragama’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.
doa pendekat jodoh

Thursday, June 21, 2012

Wordless Thursday (1) kasut kawen impian






Aku perlu belajar.


Perempuan harus belajar menjadi seseorang  yang manis, anggun, dan penuh sopan santun ketika menjelang dewasa, dan harus membentuk karakter tersebut untuk menentukan masa depan hidup selanjutnya. Belajar untuk mendapatkan dan menerima jodohnya untuk membentuk sebuah keluarga.
Perempuan harus belajar untuk mencapai apa yang di inginkannya dalam hidup , belajar mencintai seseorang yang tidak dicintainya ketika perempuan tersebut dijodohkan, belajar menerima jodoh tersebut dalam hidupnya, belajar mencari cinta ketika cinta tersebut tidak kunjung datang dalam hidupnya, belajar menerima ketika cinta tersebut sudah tidak ada lagi.
Perempuan harus belajar untuk terbiasa disakiti, di dalam sebuah relationship selalu lebih banyak perempuan yang disakiti oleh pasangannya dalam banyak hal, ketika pasangan tersebut begitu ego , Perempuan harus belajar mengalahkan ego nya dan bersabar menerimanya, ketika pasangngan tersebut berselingkuh. Perempuan harus belajar membuka pintu maaf bagi pasangannya dan belajar untuk menerima sakit hati tersebut.
ketika pasangan tersebut kehilangan pekerjaannya perempuan harus belajar mencari nafkah dan menutupi segala keperluan rumah tangganya dengan belajar bekerja dan belajar menerima keadaan tersebut, ketika pasangan tersebut meninggalkanya kerana meninggal dunia atau memilih hidup dengan perempuannya yang lain, perempuan tersebut lagi lagi harus belajar tabah, ihklas dan kuat untuk meneruskan hidupnya.
Perempuan yang  dilahirkan dengan tubuh yang lebih sempurna, dan mempunyai kehidupan yang hampir sempurna pun , sebaiknya harus belajar untuk rendah hati, dan belajar menghargai apa yang sudah didapat dalamnya hidupnya.. :)

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday {1} Doodle Bottle Jar gurl Side


kad kawen + makan makan lagi - STEW GRILL-

Assalamualaikum,


Hari sabtu lepas aku pergi ke JALAN TAR untuk buat tempahan kad jemputan kawen aku tu. Nak kawen lagi 2bulan tapi kad tak buat lagi.hihiihhi. 


Pak edan kerja malam hari jumaat tu jadinya die tak balik umah terus. Die lepak jap dekat parking bawah rumah aku tido dlu.hihi. So pukul 8.00am die kol n kejotkan aku bangun tdo. Terukkan aku ade ke suruh laki yang kejotkan aku bgn tdo.hihii. Jadinya aku siap-siapkan so sebelum pergi breakfast dulu dekat kedai roti canai kayu yang super sedap area rumah aku, tapi tak de ga gambar la pulak nak letak. nanti aku pergi lagi aku letak ea.


mase tengah breakfast syok datang pulak jiran sebelah rumah aku abang bob tumpang meja sekali nak breakfast cz kedai penuh tak ade meja kosong. aku ok je. kami pun syok borak-borak. abang bob pun tanya pagi-pagi keluar nak pergi mana. aku pun bukak ler cerita nak g tempah kad jemputan and blah-blah-blah.

die terus suggest dekat aku tempah yang die pergi dulu tapi die dah tak berape nak hengat tempatnya still bagi direction jugak tapi direction yang salah. die suruh aku pergi bangunan hijau depan dengan wayang lama. n naik atas sekali bangunan tu. aku dengan edan pun sungguh ler nak pergi sana tapi sebelum ke sana park kerete dulu dekat pertama complex n kebetulan pak edan nak terkucil jugak.hihihhi. aku tau dekat pertama pun banyak jugak kedai buat kad kawen. :) aku dah survey dulu kad kawen dekat pertama comlpex tu ade lah dekat 10 kedai aku masuk n mark kedai mana paling murah. aku nak meronda dulu dekat pertama tapi pak edan nak jugak pergi tempat abang bob suggest tu last2 salah tempat call balik abang bob die cakap sebenarnya dekat semua house.


pe lagi terjah pulak semua house. mase nak on the way semua house kan lalu pasar jalan TAR. Pasar Jalan TAR nie memang Fav aku sebab semuanya best jadinya aku cuci mate lah dulu. aku kan suka makan jadinya  semue benda makan aku nak beli, pak edan pulk anti aku pergi sini sebab duet aku boleh habis beribu riban dekat snie :)


sebelum pintu masuk belakang semua house nie ade orang jual STEW GRILL, alah die macam steak tu tapi steak nie die buat bentuk cucuk-cucuk sedap giler aku tengok di salut pulak dengan black paper sos perhh terliur siot aku. cakap dengan pak edan. nak beli tu lah macam sedap je. pak edan tak nak bagi aku beli cepat-cepat die tarik aku , motip taknak bagi aku beli sebab aku dah gemok. tension siot aku dengan die.
so mase masuk tu aku tak belilah, lalu dekat pintu masuk semua house tu de family tengah makan benda tu siap die puji-puji lagi sedap. nie tak boleh jadi nie aku nak jugak tgu r kuar nanti. jadinya aku pun dah nekad nak beli ok.


so cepat-cepat cari kedai tu, dah jumpe tapi semuanya tak berkenan di hati aku dengan pak edan .so keluar balik so buat keputusan pergi tempah dekat kedai yang first-first kami masuk tadi dekat pertama complex so kena patah balik ke semua house. pe lagi aku jalan dulu tinggalkan pak edan dekat belakang aku. cepat-cepat aku pergi ke kedai stew grill tu n beli chicken grill. pak edan pulak hilang sesat pergi ikot orang lain yang die ingat itu aku. cis nasib baik aku sempat kejar die.


nampak tak mamat tu tengah buat ape. benda tulah aku nak beli


banner STEW GRILL siap tulis menu  n harga die lagi tau. korang boleh pilih ok
kalau korang pengemar kamping pun ade jual korang boleh rase. disebabkan aku tak berape nak suke makan daging sangat jadi aku pilih ayam sebab ayam is my fav. yumm.yumm

beratur ok nak beli. mase aku tangkap gambar nie pak edan kat belakang aku. aku elok je dok diam-diam dekat snie rupanya pak edan tak perasan aku dekat snie dia ingat aku dah menghale ke pertama complex cepat-cepat aku kejar die. geram betul

haaaaaaaaaaa sedap tak, sedap sangat. rugi tak beli

muke puas hati dapat beli chicken stew grill

perasmian makan perhhhhhh daging ayam die lembut giler.

so korang teruja tak. kalau teruja n nak rase korang boleh pergi ke PASAR JALAN MASJID INDIA.
setiap hari sabtu pagi pun dah bukak dah gerai dekat masjid india nie. landmark die dekat dengan semua house pintu belakang bukan main entrance tau. 

selamat mencuba kawan-kawan

Monday, June 18, 2012

terima kasih cik dil

Assalamualaikum,

perasan tak aku de buat entry pasal aku beli doodle dekat belog cik dil. Ape korang tak perasan erk? entry yang nie la yunk . kiter jalan-jalan ler tengok belog cik dil  tengok-tengok die ada letak doodle yang kite tempah dekat dalam blog die.


jadi aku pun comment ler blog die tu n letakkan link aku, aku bukan sahaje ea nak over shadow dekat belog die, aku just letak link tu nk bagi die tengok hasil doodle yang aku tempah tu, aku gunakan untuk ape.


tak sangke pulak die buatkan entry untuk doodle tu dan ambik gambar yang aku letak dekat belog nie ke belog die :)


thanks ea cik dil. korang tak kenal siape cik dil korang boleh tengok dekat belog die sinie. Tengok lah belog die comey sangat tau :)


pak dan kiter pun dah tempah dah doodle untuk sticker die jugak.
dah siap dah doodle die tu n baru je bayar.

pak dan aku suruh die bayar tapi aku jugak yang kena bayar balik
 teruk punya laki :)




Thursday, June 14, 2012

renungan


mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan da selamat beramal :)

***ihsan facebook. oh media..

to my family n mr.b sy akan buatkan wasiat sebelum sy pergi meninggalkan dunia dan anda.. :)

kawan makan kawan..



halooooo
baru setel satu bab dan rasa cam dah reda separuh beban kerja. but yet masih ada banyak yang perlu setel before aku berangkat ...(ke mana? entah)
bukan apa, semakin banyak perkara yang kita buat, dan apabila kita bekerja dengan pelbagai individu....
semakin pelbagai sikap dan perangai yang aku kenal , tahu and dapat dikorek ahah...
kenapa hari ni nak luah? coz aku rasa time ni hati aku so tak tenteram....

jenis-jenis manusia yang aku mula kenal
KAWAN MAKAN KAWAN @ KAWAN TIKAM BELAKANG



SI PENGADU DOMBA

SI PENCURI DENGAR @ PENGADU/PENGAMPU


annoying kan bila jumpa manusia spesis nih... buat sakit jiwa kalau layan lebih-lebih....
sebab tu ada masa aku suka dok diam-diam buat keja sendiri.....
tamo cari pasal....
so the moral of the story dalam dunia nie guna berbuat bakti pd org yg tak reti nk menhargai.. kecewa sungguh rase hati..
acctly mera de kesah nk cterkan dkt org sume cz kejadian nie berlaku baru beberapa hari lepas.. bnd mcm gini da sering terjadi pd diri tp aq menabahkan diri n menguatkan semangat sbb pk dye seorg kwn.. so as a friend mera pun tlg r die yg dlm kesusahan tp die tikam mera dr blakang sbb xnk org yg disyangi terjebak dlm dunia yg tak di ingini tp mera plak jd mangse keadaan so i hate they.. mls nk cter lebih2 lg sakit betul hati nie :(
kat atas tu adalah sebahagian contoh yg mera lalui sejak di dalam pekerjaan

Tuesday, June 12, 2012

tq tag dari belog cik dil.

 Assalamualaikum.

Aku suka sangat tengok sticker kecik kecik yang die letakkan dekat atas botol tu. Jadi untuk botol jar aku tu aku ingat nak letak lah stiker kecik comel tu dekat penutup botol.


mula-mula nak buat sendiri tapi hasil nya tak cantik langsung jadinya aku tak suka. nak jimat sangatkan kononnya jadinya aku menyampah tengok ble tanya dengan si pak edan. cantik ke idok meyemedang je cantiknya hakikat malas nak layan  aku nie :(

korang sendiri tengok lah hasilnya :-







burukkan hasil tangan aku, al maklum ler makcik nie bukan seorang yang hebat dan kertip tau. 

so untuk jalan mudah dan hasil yang cantik aku pikir nak tempah aje. 
punya lah aku google, facebook

enquiry sana


enquiry sini


oder sana


 oder sini

tapi semuanya tak mau reply 


aku try jugak nak oder dekat belog cap ayam nie tapi amirah tak nak ambk oder sebab die bz study n kerja


jadinya aku keciwe sampai menangis hentak-hentak kaki dekat edan.

sumpah aku tipu :)

jadinya aku pun tekad nak jugak sticker cantik n menarik

google lagi jumpa satu doodle yang cantik dan comey. tibe-tibe dapat idea yang baru untuk buat sticker gambar doodle yang melambangkan edan dan aku. cewah bukan ape kalau letak gambar aku dengan edan besor dekat situ mcam over pulak. lagi pun aku dah jatuh cinta dengan doodle yang gambar katon. so nak yang tu jugak


dah tengok save gambar n then email dekat edan cakap nak buat macam nie,
die pun bagi green light. sayang lebih dekat awak yunk <3
so try oder thru email dekat dil.
die pun terus reply email aku 
alhamdulillah die menerima tempahan aku :)

aku tengok doodle die dekat image google so keluar ler gambar doodle yang cantik-cantik 
masuk website cik dil nie

aku pun anto email nak oder, 
dia mintak detail semua dekat aku, 
aku tanya lah penah buat tq tag tak dia cakap die boleh try so hasil yang dia try tu memuaskan hati aku.

aku suka yang simple lagi unik dan cantik, memang puas hati,
hasil dia memang memenuhi permintaan aku sepenuhnya.
harga tempahan jugak berpatutan ok lah tukan,
 hasil yang cantikkan


nak tengok hasil die


1




2




3




4




5






tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


cantikkan tq tag aku nie comey bukan. mengikut warna tema kawen kami


doodle nie untuk kad jemputan aku nanti cantik dok.


setelah berpuas hati dengan tempahan aku, so aku pun tempah untuk printing pulak,
aku tempah dekat kawan jadinya

dah kawan-kawan so harus lah freeeeeeeeee

tak perlukan bayaran untuk membuat printing. 

luv u sayang  :)


hasil untuk printing pun gorges jugak nak tengok.

5



4


3


2


1


tadaaaaaaaaa


yang nie dah siap punch. kalau tak punch dekat atas kertas a4 je..


so aku try letak dekat atas penutup botol ku. 
sekali sesuai lah dengan besar die aku suka. dah comey dah



so ble dah try dekat atas botol production pun di jalankan lah



nanti aku tunjuk hasil sepenuhnya ea dekat korang. 
pak edan jatuh cinta jugak dengan doodle aku nie die pun nak tempah same untuk botol die jugak


so bagi korang yang nak tempah sama jugak korang boleh tempah dekat sini.

nama dia adilah tapi boleh panggil dil aje, 
baik orangnya.

so korang cakap lah korang nak doodle macam mane pasti die boleh buat pny.


sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...