Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, May 18, 2012

Nuffnang Premiere Screening of Snow White and The Huntsman

Tadi bukak website nuffnang terbaca pulak nuffnang ada buat contest untuk dapatkan tiket free menonton filem

snow White and The Huntsman 



terasa macam nak mencuba la plak contest nie mane la tau ade rezeki nak dapat tiket free dari nuffnang boleh bawak enchik tunang saya menonton same :)

mari kita saksikan sedikit sedutan untuk tayangan filem snow white with huntsman nie. Mana tau dengan sedutan nie korang semua pun tertarik jugak untuk menyaksikan filem nie bila ditayangkan 
macam mana menarik tau. aku tahu mesti korang pun teruja sama nak tengokkan. Aku pun sama jugak teruja betul nasib baik hampir tak gilar tambahan lagi ada pelakon laki yang agak kacak seperti hero dalam nie membuatkan aku jadi lebih tertarik kebabom (mati aku kalau enchik endan baca entry nie kompem kena taruh punya )

mesti korang terpingga pinggakan ape benda lah citer snow white nie kan. meh sini datang dekat-dekat biar aku terangkan dekat korang tentang sinopsis dia.

sinopsis

cerita ini mengisahkan Tak ada siapa yang berani melawan titah Ravenna (Charlize Theron), sang ratu yang kejam. Kematian menanti mereka yang berani menghalangi kehendak Ravenna kerana ia yang memiliki kekuatan jahat. Sayangnya takdir berkata lain, Ada seorang gadis yang bakal menumbangkan kekuasaan jahat Ravenna.
Kaca ajaib yang selama ini selalu menjadi penasihat Ravenna mengatakan bahawa ada seorang gadis yang bakal menjadi ancaman buat sang ratu. Gadis yang dimaksud adalah Snow White (Kristen Stewart), putri tiri Ravenna. Kalau Ravenna dapat membunuh Snow White dan memakan jantung Snow White, Ravenna bakal hidup abadi dan kekal cantik selama-lamanya.



Dengan berita ini membuat Ravenna menjadi marah. Dan telah membuat Ravenna menjadi resah adalah saat Snow White berjaya melarikan diri. Eric (Chris Hemsworth) pun telah ditugaskan untuk memburu Snow White dan membawanya pulang. Tetapi sebaliknya, Eric telah menemui Snow White dan melatih putri cantik ini untuk bertarung dan bersama tujuh kurcaci yang berpihak padanya, kini Snow White siap untuk bertarung  Ravenna.



dapatkah snow white menumpaskan Ravenna yang kejam itu mari kita sama-sam menyaksikan dipawagam yang berhampiran filem nie?




barisan pelakon handalan ;


Kristen Stewart,Chris Hemsworth,Charlize Theron,Sam Claflin,Ray Winstone, Ian McShane, Eddie Izzard, Bob Hoskins, Toby Jones, Eddie Marsan, and Stephen Graham co-star as the seven dwarfs. ~ Jason Buchanan, Rovi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...