Assalamualaikum,,
Sekjap sangat rasa waktu berlalu, Sekarang kita semua sudah hampir ke bulan rejab yang penuh dengan sejuta kenikmatan dan kemulian dan tak lama lagi akan masuk kebulan sya`aban.
Hari nie aku nak kongsikan dekat korang tentang apakah kenikmatan dan kemuliakan yang ALLLAH S.W.T janjikan kepada kita . Mari kita sama-sama menghayati bulan rejab.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban
bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan
malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman
Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang
panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala
dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya
muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh
pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan
pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya
lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat
wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam
a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya
yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan
Qur’an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang
seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab
wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah
pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada
bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik
dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab
meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100
kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru
kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.
Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah
jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding
antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan
pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang
mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di
dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di
dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
(Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa
pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu
yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
mari lah kita bersama-sama menyinari keindahan bulan rejab yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
No comments:
Post a Comment