Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Tuesday, May 29, 2012

kisah seluar dalam yang memalukan

Assalamualaikum


Jumaat lepas aku dapat gaji, jadi aku selesaikanlah segala urusan mak nenek yang aku kene uruskan dlu, sebelum duet habeskan.kan.kan. jadinya aku balik awal tepat pkul 6.00pm aku dah check out dari office. 

petang  tu aku ada msg pak edan ajak balik kg. aku msg ler die



a: b
b: ea
a: awak tak rasa nak ikot saya balik kg ke?
b: X

ok ayat tu aje dah buat aku nak merajuk. aku pun terus diam dengan msg dia tu tanpa membalas. aku msg dia cakap nak balik. so setelah sampai di depan rumah aku pun msg lagi sekali 

yunk sampai

aku hantar tu just nak bagi tau yang aku dah sampai dekat kawasan rumah aku tapi ku tak sampai rumah lagi :) (dasar balas dendam)

so setelah siap anto masg sume bagai aku pun ape lagi dah dapat gajikan aku pergi lah gaint dekat kawasan belakang sane untuk beli barang keperluan asas.

setelah shopping siap-siap dekat gaint pak dan pun kol aku lg.

b: yunk dekat mana
a: dekat belakang.
b: dekat belakang tu dekat mana?
a: dekat gaint.
b: hah gaint tu awak cakap dekat belakang.
a: yelah dekat belakang lah tu nak pergikan kena ikot jalan belakang. (sambil senyum.senyum tahan gelak)
b: buat ape g gaint (nada tak puas hati)
a: beli sepender (nada benggang) sbok nak tau npe? jawab dengan tak puas ati*** wink wink kejam***
b: yunk belikan sepender b (nada jahat sambil gelak)
a: hah ape giler saya kena beli sepender awk. tak mau lah malu lah g beli sendiri ea.(nada tak boleh terima)
b: aik knelah belajar nanti dah kahwin awk jugak kene belikan.
a: ah tak kuase saya.
b: siape suruh awak bg tau saya last minute ajak balik kg, sy dah pergi kerje dah.( ayat penuh maksud)
a: oh sitttttttttttt, ade maksud yang tersirat rupanya.
b: hahahahah (gelak saiton) nak tak nak saya anto awak kalau nak awak kene belikan saya baju t-shirt n sepender sebab saya tak bawak baju pun.
a: arh benci betullah 
b: ok! saya cakap sekali je. 
a: ape??
b: sepender saya saiz tetttt n nak jenama renoma, jgn lpe baju saya sekali ea ok bye.


ok aku dah stress dengan ini budak tak pasal-pasal aku kena cari baju dia , nasib baik sebelah gaint ade kedai baju. Dalam hati lagi agak benggang siap nak sepender renoma lagi, demand plak tu.. bengkek je hati makcik nie.

ok fine sebabkan nak ajak die sekali aku pun sanggup lah belikan die ape kemahuan die tu. Sebab tak nak naik bas :P


aku pun masuk lah kedai tu perh seribu kali lah aku nak pk nak masuk ke idok. so kali ke 1000x aku dah pk so jawapan kne dia masuk jugak lah belikan aje. malu siot aku masuk-masuk aje aku terus carik baju pusing-pusing-pusing jmpe yang berkenan. ok laki aku dah gemok tak boleh pakai baju saiz S lagi. padan muke dah gemok.

budak pelayan tu pandang je aku sebab aku mencari sesuatu yang aku malu nak tanya dekat orang. budak tu dah ler lelaki tapi last-last die datang kat aku.  dia siap cakap ea kak nak carik ape? aku pun cakap dalam nada yang pelahan dan muka yang malu. dik seluar dalam lelaki dewasa dekat mane ea. 

budak tu relek je jawab dekat atas kak.

dalam hati oh relek je budak nie jawab mesti ramai juga perempuan-perempuan lain yang kat sane tu belikan laki dia sepender juga. so dah tak malu

naik-naik atas je budak perempuan pulak dok jaga. adossssssssssssssss malu lagi sekali, buat aje muka tebel n then carik ape yang pak cik tu nak. carik pny carik tak dok r pulak. terus kol pak cik tu. tapi cakap slow-slow je cover line. tak nak orang dengar


a: Yunk
b: ea npe
a: jenama renoma tak de
b: ape yang ade
a: lee cooper je yang ade. sy belikan yang nie la ea jangan nak banyak songgeh. ok bye
b: ok


dah siap beli terus aku turun nak bayor. masa nak bayor tu mak haihhhhhhhhhhhh semuanya lelaki yang tengah beratur nak buat pembayaran. adus aku nak malu lagi sekali, sampai turn aku selamber tak selamber je lah aku bayor. orang dekat belakang aku dok bisik-bisik. 


malas nak layan aku terus balik.


balik umah seperti biasa ada anak buah aku. die nampak aku bawak pelastik ingat makanan n gula-gula. habis di selongkarkannya aku pny barang.

jatuh berderai semuanya dari pelastik and then boleh die ambik kotak sepender tu datang dekat aku tanya


qimie: anjang nie ape (nada pelat)
aku  : qimie simpan balik itu uncle edan punya.
qimie : anjang, uncle nye ea (nada pelat)
aku  : haish bak sini. banyak cakap pulak karang nenek nampak karang pk bukan-bukan.


tak sempat aku simpan, mak aku dah nampak. adosssssssssssssssssssss mampus mesti mak aku bebel.


umi aku terus tanya.



umi : mira knpe ko belikan edan sepender tu.
aku : oh, mira ajak edan balik kg, esok nak ambil budak-budak tulah
umi : lah nape ko yang kena belikan dia sepender plak
aku : taklah mira belikan die baju sekali, dia tak sempat nak balik rumah esok. balik keje terus balik kg mi
umi : oh patut lah




ok selamat sampai situ. masa aku cerita dekat umi. sumpah aku malu ok. malu giler. tak rela aku nak terima semua nie. nie adalah kesah yang memalukan buat aku sebelum kahwin. kalau dah kahwin aku tak ape aku rela. 


Monday, May 28, 2012

kek lapis dari sarawak

Assalamualaikum semua,


Hari nie aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada boss n Eddy aku Sebab bawak kan kami semua kek lapis dari miri sebagai buah tanggan. 





berwarna-warni dan pelbagai perisa yang ada


hari nie kami semua di limpahi dengan makanan. terima kasih sangat ea kerana penuhi hari kami semua dengan makanan dan kudapan sewaktu kebosanan dan kelaparan terutama si kak yanti yang lapoooooo je memanjang :)

Saturday, May 26, 2012

Minah rempit sejati

Assalamualaikum..


Wow tajuk tak boleh belah. Minah rempit sejati konon cirit birit aku tengok.hahha. actually saje nak tunjuk gambar aku hah. 



untuk pengetahuan korang sume ea, (eh macam ade orang nak baca je blog ko nie mira). Bio lah orang nak baca ke tak aku nak cerita juga.  Aku pergi n balik koje naik motor sebab aku belum berkemampuan untuk beli kereta lagi so aku adalah seorang penunggang wanita yang membawa motosikal ke tempat kje yang lain semuanya orang kaye-raye pakai kete. cewah macam miskin sangat je kan aku nie.hahah. padahal jimat nak kahwin :)

sebenarnya aku bukan tak berkemampuan untuk beli kereta tapi belum berkesempatan untuk membeli kereta lagi  tambahan pulak rumah aku nie dekat  dengan federal highway nak pergi kerja pun kene menghadap federal, federal pulak jalan yang maha jammed setiap pagi jadinya aku yang malas beratur dalam jammed pagi-pagi yang membuatkan aku tension 100x sebelum masuk kerje baik aku naik motor cepat sampai jimat masa and boleh hirup udara pagi-pagi dan boleh celok-celok kalau jammed itu yang penting ok!!!!!!!! tapi aku bukanlah minah rempit tegorrrrrrrr sebab aku paling tension bila hujan sebab hujan jalan jadi licin N boleh membuatkan keselematan agak merbahaya jadi aku bukan lah salah seorang pencinta kepada MINAH REMPIT.

sekian

Friday, May 25, 2012

cuci mata di hari jumaat

indahnya hari ini.. sungguh nyaman :)

Thursday, May 24, 2012

YB Yazid Burger = 1 rejab (faizal badaruddin)

Assalamualaikum.

Last week aku de pakat dengan khuza budak officemate aku untuk puasa. 

Nak jadikan cerita tengah syok-syok borak-borak pasal puasa sunat n puasa ganti untuk aku  cause aku tak ganti lagi puasa yang tertungak tahun lepas jadi aku ambil keputusan terus untuk ganti minggu nie direct lah. Si khuza tengok calander. khuza cakap r eh mira dah nak masuk bulan rejablah jom kita puasa direct terus sampai hari khamis puasa sunat sekali  nak tak aku pun ok jelah

borak punya borak rupa-rupanya si kak habsah dengan faizal badaruddin nie dengar yang kiter orang nak puasa dia pun nak join jugak. Aku dengan khuza pun ok aje :) boleh bukak puasa sama-sama kannnnnnn..

so setelah sampai ke hari isnin rupanya aku dengan khuza je yang puasa. cis teruk betul k.habsah dengan faizal badaruddin  tak puasa juga, sentap 5minit. si khuza dah msg siap mlm tu bagi tau jangan lupa baca niat puasa esok. pffffff
aku dengan khuza pun ape lagi geram lah tapi cooolllll je sebab puasa. So dorang dengan rasa bersalah pun berjanji nak puasa hari selasa kebetulan masuk dah 1rejab. si faizal bagi alasan tak munasabah dia cakap tak de orang kejutkan dia bangun sahur so tak dapat nak puasa. Alasan yang tidak boleh di terima oleh aku dengan khuza.

so bagi mereka yang berjanji nak puasa kena lah puasa ea keesokkan harinya. 

hari selasa pun datang dengan riangnya. kami yang berpakat nak puasa nie semuanya menunaikan janji untuk berpuasa. yeyeye sukanya dapat bukak puasa sama-sama. Si faizal baru pukul 11am dah fikir nak berbuka dekat mana.nak makan apa semua lah .hahahhah. 

apa lagi kena bahan lah ramai-ramai, baru pukul 11 takkan lah dah lapa kan.hahah. so dia pun senyap sampai pukul 3pm. dari pukul 3pm sampai ke 5pm si faizal tak habis-habis nak makan buger 1kg siap ajak pergi p.pinang nak makan burger besar tu (giler ke ape ntah), macam dekat selangor tak ada je kan. 

Si khuza jugak yang mengGOOGLE searching burger tu dekat kawasan selangor ada tak google punya google jumpa lah dekat shah alam . apa lagi kasi terus call lah booking.Manje betul si faizal nie :P

si faizal ler yang kena call untuk buat tempahan berbuka puasa sebab dia yang beria-ria .Haahahhaha.. Mula-mula agak hamper lah sebab dia cakap untuk booking by phone sampai pukul 5 je klu nak kena walk in. Faizal cakap lah dekat brother tu kita orang nak booking untuk buka puasa nanti, brother tu dengar je untuk buka puasa terus dia cakap ok and nak ambil oder kitaorang sebab bagi keutamaan untuk kami yang berpuasa :P. so dia cakap datang kedai terus pergi gerai inform NAMA semua. sebelum tu dia dah ambik detail lah pasal faizal semua untuk buat booking kesian faizal nama dia bertukar kepada FAIZAL GLENMARIE.haha sebab apa nama dia bertukar sebab di datang dari glenmarie.hahah kesian. (korang bayangkan kalau nak walk in pukul berapa nak sampai makanan so kena lah buat ayat simpati dekat brother burger tu) hasilnya berjaya buat booking :)

semangat betul si faizal nie nak makan burger besooooooooooo.. so tepat pkul 6.00pm kami semua bersiap sedia untuk bertolak ke YB Yazid Burger tu. K.Yanti kawan k.ella yang satu office dengan aku nie pun sama terjebak sebab si faizal nie bising nak makan burger besooooo dia pun jadi teruja nak tengok burger 1kg n besoooooooooo tu oleh ajak k.ella pergi makan dekat sana tu.

so kami semua bertolaklah pergi ke shah alam. Kena keluar awal sebab takut jammed orang balik kejekan dekat federal highway. Aku naik kereta dengan k.yanti n faizal follow belakang naik kereta dia.

sampai aje dah pukul 7pm so tinggal beberapa minute je nak buka puasa. sampai-sampai terus faizal tunaikan tanggung jawab pergi ke kedai tu untuk confirm booking :) aku dengan k.yanti pergi ke petronas jap tunaikan tanggungjawab. So aku dengan k.yanti sampai semua dah ada. k.habsah,khuza, bf khuza n faizal, mereka dah siap oder air. Kitaorang sampai burger pun sampai :)


so tengok ler gambar nie ea

air yang di oder oleh faizal badaruddin (coklet ice balded)

muka yang menunggu time untuk berbuka.

muka faizal badaruddin yang tak sabar nak makan.

Burger yang di tunggu-tunggu oleh faizal badaruddin. Nie lah dia burger sekilo yang super sedap

tangan k.habsah as a model burger a.k.a perbandingan saiz burger n tangan dia.kalahkan

gumbira si fiazal dan k.habsah bercerita. tengok plak ketebalan daging dia tu pfffffffff terasa kot kesedapan daging dia.

banner YB yazid Burger.

korang tengok 2 daging yang baru lepas di bakar



aku nak habiskan burger sorang-sorang tapi tak mampu nak makan sebab besar sangat.

Si faizal badaruddin yang gumbira tak sabar nak makan.

burger yang bersiap sedia untuk di makan.

tak sampai 1minit buka dah tinggal 2potong je burgernya


telengkan sikit kepala ea kalau nak tengok

tengok dekat receipt tu siap tulis lagi untuk buka puasa ( baik kan yazid burger sentiasa memberi keutaman kepada kami yang berpuasa)

nie la k.yanti kawan k.ella tu aku tau blog k.ella sebab k.yanti nie lah

kalau k.habsah as a model burger k.yanti ialah model receipt yazid

gambar nie yang tak menahan tau. hahahha. tak cukup makan burger diaorang ni perkena plak makan nasi arab tapi memang terbaik lah nasi arab dia sampai khuza dapat tagline baru " daging dia lembut"
sebab apa si khuza dapat tagline nie dia dengan bf dia makan nasi arab daging kambing. Dorang nie penggila kambing so ambil la lauk daging kambing, dari start makan sampai dah abis licin tak abis-abis cakap daging dia lembut dekat 200kali dah dia sebut sampai k.cha dengan aku pun terjebak tapi kami tak ambil lauk kambing nak merasa kesedapan nasik arab tu memang sedap gileeeeeeeeeeee terbaiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkk.


k.yanti tak puasa tapi terjebak sama.

tengok dah licin tinggal tulang je betul-betul lembut nie.hahaha

kami yang terjebak. menu aku dengan k.habsah

nasik arab lauk ayam sedap betul first time try terus jatuh cinta :P

tengok tangan k.habsah jadi model lagi kali nie untuk nasik arab pulak.

ok bagi korang yang nak tau pasal burger nie aku bagi link website dia yazid burger korang bukak sendiri ea, harga untuk burger 1kg nie rm40 henget. korang nak makan baik korang call dia dulu kalau nak walk in tunggu memang ramai lah. burger dia banyak sizae korang boleh pilih tengok dekat website die k.
landmark kedai bersebelahan unisel s.alam.

ape tunggu lagi try la ea.

Wednesday, May 23, 2012

Doa duduk antara dua sujud




TAHUKAH KAMU..
...
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


HAYATILAH BUKAN SEKADAR MELAFAZ..INSYAALLAH

Tuesday, May 22, 2012

1 Rejab 1433 selepas hijrah ( 22.mei 2012)



Assalamualaikum,,

Sekjap sangat rasa waktu berlalu, Sekarang kita semua sudah hampir ke bulan rejab yang penuh dengan sejuta kenikmatan dan kemulian  dan tak lama lagi akan masuk kebulan sya`aban.


Hari nie aku nak kongsikan dekat korang tentang apakah kenikmatan dan kemuliakan yang ALLLAH S.W.T janjikan kepada kita . Mari kita sama-sama menghayati bulan rejab.


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.


mari lah kita bersama-sama menyinari keindahan bulan rejab yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Monday, May 21, 2012

sudah cukup sudah.



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja

Sunday, May 20, 2012

seketika dulu.

Assalamualaikum..

hari nie mira nak cerita serba sedikit detik-detik manis bersama Enchik tunang mira nie. Aku kenal tunang aku di kilan western digital sg way pada awal bulan November 2009, berkenalan atas bantuan seorang operator perempuan sehingga kami berkenalan rapat dan seterusnya mengikatkan tali pertunanggan pada 05-06-11 dan seterusnya bakal melangsungkan perkahwinan pada 31-08-12 untuk mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin insya-Allah.


Di alam perkenalan sebagai kawan banyak yang aku berlajar daripada dia. Dia berjaya menawan hati aku dan cuba untuk mengajar aku apa itu erti percintaan sebenar, Perbezaan umor antara aku dengan die hampir 8tahun membuatkan aku banyak belajar pengalaman dari dia. Tapi ada kalanya aku tak ikot jugak corak langkah dia 100% aku ikot kepala aku je.

Sifat kami seawal pengenalan aku dah buat kepala aku. Aku nie seorang yang agak baran dan kurang kesabaran. Dia plak seorang yang coolman dan kuat bersabar. Mulut aku laser tapi kurang sikit dari mulut laser era tu.hihihi.

Dia mengajar aku untuk menggurangkan kepala batu dan angin aku nie. Tahniah kerana hampir berjaya sayang. Kini aku cuba untuk mengikuti corak hidup dia dan mengurangkan corak hidop aku. Doakan aku supaya dapat menjadi isteri yang solehah kelak.

Saturday, May 19, 2012

Kenapa mesti pilih iphone 4s.

Assalamualaikum..

Semua orang tau APPLE telah melancarkan iphone yang terbaharu iaitu Iphone 4s. Tahniah di ucapkan kepada APPLE kerana telah berjaya menyeluarkan Model terbaharu Iphone yang di lengkapi dengan pelbagai sistem dan applikasi yang menarik untuk kegunaan pengguna zaman sekarang yang mementingkan Trend "up to dated".

Semua orang dok sibok menceritakan kehebatan Iphone 4s dari model-model lain smartphone yang lain, termasuklah aku jugak dok sebok nak bercerita jugak tentang kehebatan Iphone nie dekat korang tapi sebelum tu aku nak tanya korang! Korang tau tak sekarang nie maxis dah lancarkan pakej-pakej terbaharu dan terkini untuk Iphone 4s nie. Haaaaaaaaaaa mesti korang tak tahukan.

Baik biar ku cerita dekat korang tentang kehebatan iphone 4s nie dengan pakej-pakej yang di tawarkan oleh maxis :) baik kan aku suka kongsi info (statement nak kena lampor) .


ok,let me story to you apa itu kehebatan iphone 4s nie dulu ea. Makcik cita satu persatu untuk korang.






1. Performance
Dilengkapi dengan cip dwi-pemprosesan (dual-core) yang sama dengan apa yang dimiliki iPad2, iPhone4S kini 2x lebih pantas berbanding generasi sebelumnya iaitu iPhone4. Kad-grafik juga dipertingkatkan dan GPU grafiknya kini dikatakan 7x lebih pantas dan hebat berbanding iPhone4. Perubahan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila anda menggunakan aplikasi yang berat dan menggunakan memori yang banyak. Semuanya menjadi lebih pantas dan pertukaran aplikasi (multitasking) juga lebih laju. Beberapa syarikat besar sudahpun mengumumkan aplikasi dan permainan yang menggunakan kehebatan GPU baru ini seperi Infinity Blade II dan Real Racing versi terbaru.


2. Camera
iPhone4S memuatkan kamera 8megapixel yang sangat hebat, mampu mengambil gambar beresolusi 3264 x 2448. Resolusi ini melebihi 60% pixel daripada apa yang dihasilkan oleh iPhone4 yang sudahpun mempunyai kamera luar biasa. Lagi perkara baru pada kamera iPhone4S adalah ‘illumination sensor’ yang dipertingkatkan bagi mencantikkan gambar di kawasan gelap dan juga ‘infrared filtor’ bagi hasil warna yang lebih tepat dan tajam. Apple juga memuatkan ‘Custom ISP’ (Image Signal Processor) bagi membolehkan dari homescreen kepada menangkap gambar dalam masa hanya 1.1 saat dan hanya 0.5 saat untuk menangkap gambar seterusnya. Ya, memang sangat pantas.







3. Video Camera
Walaupun iPhone4 sudah boleh merakam video HD, ianya dilimitkan pada resolusi 720p sahaja. iPhone4S mempunyai kemampuan merakam video HD-penuh (Full-HD) beresolusi 1080p. Perakam video iPhone4S juga mempunyai beberapa perkara yang hanya terdapat dalam kamera video profesional seperti ‘temporal noise reduction’ dimana ianya membantu rakaman video yang cantik di kawasan gelap serta kurang cahaya dan ‘image stabilization’ untuk mengurangkan getaran video jika tidak diletakkan pada tripod.



4. Siri
iPhone4S dilengkapi dengan ‘Siri’, pembantu peribadi digital anda. Siri dapat mengenal pasti bahasa inggeris semulajadi anda, seperti bahasa ketika bersembang sesama manusia, bukannya hanya memahami beberapa perkataan sahaja. Siri dapat membantu anda jika anda bertanya perkara-perkara seperti restoran mana yang terbaik di kawasan ini, menempah tiket wayang dan bertanya jalan ke sesuatu tempat. Siri juga boleh membantu untuk membacakan mesej anda jika anda tengah memandu atau berjoging, membalas semula mesej, menulis dan menghantar email, memberi maksud perkataan (kamus), mengunci jam (alarm), bertanya mengenai cuaca dan macam-macam lagi. Siri mengalahkan semua teknologi pengesan suara termasuk apa yang ada pada peranti Android, kerana Siri dapat memahami bahasa dengan baik dan mempunyai capaian maklumat yang sangat luas.





5. Airplay Mirroring
Airplay Mirroring ini adalah perkara yang difokuskan kepada sesiapa yang sudahpun memiliki Apple TV, tetapi antara kelebihan yang terbaik di dalam iPhone4S ini. Dengan Airplay Mirroring, anda dapat melakukan apa saja dengan iPhone anda dan lihatnya dengan langsung di TV anda menggunakan Apple TV. Ini bermaksud anda dapat melayari internet, menulis email, dan juga bermain games di TV besar anda, dan semuanya tanpa wayar (wireless). Syarikat besar sudahpun mula mengeluarkan permainan yang dapat menggunakan fungsi ini seperti Real Racing 2, anda boleh bermain multi-player, berlumba bersama rakan anda di TV, seperti bermain konsol PS3. Fungsi hebat Airplay Mirroring ini hanya terdapat pada iPad2 dan iPhone4S sahaja.








6. Improved Antenna

Apple menerima banyak kritikan dan tekanan ketika mula mula iPhone4 dilancarkan dengan isu kontroversi masalah antenna. Imej Apple juga tercalar serta kerugian jutaan ringgit dengan memberi Casing Bumper percuma kepada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut. Kali ini, Apple telah melakukan kajian mendalam dan menyelesaikan perkara ini dengan bijak. iPhone4S mempunyai 2 antenna di bahagian bawah dan di bahagian atas, membolehkan ia bertukar bila-bila masa jika ada sebarang masalah talian. Kualiti percakapan telefon juga kini lebih baik, jelas dan tidak mudah terputus seperti apa yang pernah berlaku dahulu. Dan jika telco anda mempunyai HSDPA+, iPhone4S mempunyai kelajuan sehingga 14.4 Mbps. Kelajuan 2x ganda berbanding iPhone4 dan sama kelajuannya dengan telefon-telefon 4G.


7. Battery Life
Walaupun memuatkan hardware yang baru dan lebih berkuasa seperti Cip dwi pemprosesan A5, kamera 8megapixel, dan fungsi Siri yang sentiasa bersedia untuk membantu, iPhone4S masih mempunyai masa bateri yang boleh dikatakan agak hebat dan mengatasi saingan-saingannya. Masa bercakap dengan 3G kini 8jam, berbanding hanya 7 jam pada iPhone4. 14jam jika menggunakan 2G, 9jam jika melayari internet menggunakan Wi-Fi, 10jam menonton video tanpa henti, dan boleh mendengar lagu sehingga 40 jam berterusan. Jika anda bukan lah seorang pengguna yang lasak, iPhone4S mempunyai masa bersedia (stand-by time) selama 200jam.


8. Design
Walaupun hampir semua daripada kita menjangkakan iPhone generasi baru ini mempunyai rekabentuk berlainan, iPhone4S masih mempunyai rekabentuk antara yang terhebat dan dikatakan pencapaian menakjubkan dari segi kejuruteraannya. Walaupun rekabentuk ini sudah digunakan lebih daripada setahun, ia masih kekal sebagai rekabentuk smartphone paling nipis di dunia setakat ini iaitu hanya 9.3mm keseluruhan. Ada yang mengatakan bahawa Samsung Galaxy S II lebih nipis, tetapi bahagian bawahnya mempunyai ketebalan 9.9mm, jadi nipisnya tidak konsisten. Takhta smartphone paling nipis di dunia masih dipegang oleh Apple setakat ini. iPhone4 disifatkan sebagai smartphone paling unik dengan rekaan nipis, antenna di luar dan cermin depan dan belakang kaca. Keunikan tersebut dikekalkan dengan iPhone4S ini walaupun perubahan hardware dalaman yang ketara.



9. Apps
Apple App Store tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Apple merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan App Store untuk membeli aplikasi secara terus di dalam telefon dan kemudiannya di tiru oleh saingan saingan yang lain. Platform iOS jauh meninggalkan saingannya jika dilihat dari segi pasaran aplikasi. Kualiti App Store juga dijaga sangat rapi oleh Apple. Proses untuk meluluskan aplikasi sebelum dimasukkan kedalam App Store sangat ketat dan jika tidak mencapai standard, aplikasi tersebut akan dibatalkan dan ditolak. Ini menunjukkan hanya aplikasi yang baik dan berkualiti sahaja dilepaskan masuk kedalam ekosistem Apple. App Store kini mempunyai lebih 500 000 aplikasi, 140 000 daripadanya adalah aplikasi iPad. iPhone4S sudah tentunya dapat digunakan bagi hampir kesemua aplikasi di dalam App Store, bergantung kepada penggunaan anda, ditambah pula dengan cip pemprosesan A5, pastinya aplikasi dapat digunakan dengan sepenuhnya dan lebih laju.


10. Satisfaction
Produk-produk Apple terkenal dengan ayat seperti “Magical” dan “It just works,” sudah tentu lah iPhone4S juga tidak terkecuali. iPhone4S, sama seperti iPhone-iPhone sebelum ini, sangat sangat smooth, jarang sekali lagging atau crash (hampir tiada melainkan jailbreak), dan tidak mempunyai isu isu remeh seperti saingan-saingannya. Apple mencipta hardwarenya, Apple juga mencipta softwarenya, dan kedua dua perkara tersebut dapat berkerjasama dengan begitu baik sekali, menghasilkan sebuah telefon pintar yang sangat laju, tidak mempunyai masalah dan disayangi oleh hampir semua yang menggunakannya. Jika tidak percaya, biarkan nombor berbicara. Kajian yang dijalankan, kepuasan pelanggan untuk produk Apple melebihi 90% setiap tahun, jauh meninggalkan HTC di tempat kedua dengan hanya 70%. Dijangka kan iPhone4S akan meneruskan kehebatan Apple dan rekod yang hebat ini.


Ok macam mana korang menarik dan tetarik tak. aku yang buat entry nie terasa amat-amat ler menari dan tetariknya Iphone 4s nie. aku pikir nak take want lah tapi after kahwin lah sebab nak pakai duit banyak sekarang nie.Tadi aku cerita tentang kehebatan Iphone4S nie sekarang korang tengok plak iklan die nie perhhhhhhhhhhhhhhhh.




ok cukup sudah aku cerita kehebatan isi kandungan iphone 4s nie sekarang aku nak cerita plak dekat korang kehebatan pakej maxis kepada pengguna Iphone 4s  dan bakal pengguna.

kalau korang pkai Iphone 4s mahal2 tanpa ade line untuk connect ko punya telephone pun tak guna jugakkan jadi, apa kata jom kita jengah masuk ke website maxis nie untuk intai-intai apa yang menarik.


wow banyaknya pakej yang menarik maxis berikan kepada anada semua.

tengok masuk-masuk website maxis dah kagum kejap

banyak info yang berguna di berikan oleh maxis kepada peminat-peminat Iphone 4s


Maxis sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk pengguna memilih pakej yang terbaik dan menjimatkan dari maxis. Tengok lah gambar bawah nie sahaja dah menarik.



maxis juga menyediakan plan yang terbaik seperti jadual dibawah anda hanya perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar bulanan ansuran sahaja.
pilih saja pakej yang menjimatkan untuk anda dan juga pakej yang menampung penggunaan anda seharian. Setiap orang lain cita rasa dan had penggunaan. Jadi aku tak berani nak suggest plan mana yang paling baik untuk korang. Kalau korang perlukan maklumat lanjut just call aje contact centre maxis.

Jom kita selongkar plak Plan lain yang diberikan oleh Maxis. Bagus betul lah maxis nie kan macam macam plan yang di berikanya.

plan nie sesuai dengan orang yang bajet nya rendah untuk maintanance bulanan bagi telephone.


nie plak sesuai bagi mereka yang rajin surfing internet or suka sangat ber fb and tweeter sesuai untuk korang ea.

nie plak untuk mereka yang suka bergayut macam laki aku memang sesuai untuk awak yunk.

Dengan pakej yang disediakan oleh maxis semestinya korang semua pun dapat pakai Iphone 4S dengan mudah tanpa perlu Pikir 80puluh kali.

ok aku rasa cukup sudah entry aku yang panjang lebar nie ntah ada yang baca ke tak pun aku tak tau tapi aku just nak kongsikan cerita sahaja. harap info nie berguna untuk korang semua ea.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...