Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Followers

Saturday, July 23, 2016

AKU DAN SI IBU TIRI!!!

Assalamualaikum,

Bila kite sebut nama mak tiri je mesti orangkan terus cop mak tiri tu jahatkan! mak tiri macam dalam sonetron bawang putih & bawang merah tu mak tiri die yang kejam giler tu!! ala korang tak ingat ker citer indon yang popular dekat tv3 dulu tu setiap pkul 2 petang isnin - jumaat!!!



Ramai orang cakap ibu tiri dah seorang yang jahat. Betul ke jahat? korang penah ker hidup bersama ibu tiri sampai keluarkan statement macam tu. Eh teremosi pulak cakap pasal ibu tiri nie.!!! aku bukan nak emosi ke ape dan ape kena mengena aku dengan mak tiri kan??

Maybe ade kawan-kawan aku tahu aku nie mak dah tak de since aku umur aku 5tahun dan aku membesar dengan mak tiri dari aku umur 7tahun hingga kini!!! Abah dan mak aku bukan bercerai hidup tapi mereka bercerai kerana kematian!! ea mak aku meninggal! meninggal sewaktu aku berumur 5tahun, mak aku meninggal disebabkan oleh penyakit "darah tinggi" ea penyakit ini lah pembunuh emak aku! jadi aku sangat trauma dengan penyakit yang bernama darah tinggi!!! Jadi boleh dikatakan aku nie menumpang kasih sayang ibu tiri!

Abah kawen dengan ummie sewaktu aku umur 7tahun ea aku darjah 1 masa tu dan mereka berkahwin pada tahun 1998 sewaktu sukan komenwel dekat malaysia. Kenapa aku katakan mak tiri tidak lah sejahat yang digambarkan dalam tv tu atau mungkin aku dan keluarga adalah mereka yang bernasib baik kerana diberikan seorang ibu tiri yang baik!!

PENGORBANAN UMMIE!

Pada mula perkahwinan kakak-kakak dan abang aku tak boleh terima ummie aku! aku biasa lah masa tu umur 7tahun mana tahu ape-pape jadi aku terima jelah. Biasalah akak aku dan abang aku kan dah besar dorang dah biasa ade mak tetiba orang luar masuk dalam keluarga jadi mestilah ade rasa lain sikitkan.

Alhamdulillah ummie aku terima adik beradik aku dengan baik walaupun penerimaan mereka kurang baik!. aku sewaktu itu adalah anak paling manja dan sentiasa tidur bawah ketiak abah kot tetiba kena berpisah tidur malam tiap-tiap malam aku melalak sebab takboleh tidur mesti nak abah berbulan jugak lah abah nak pulihkan aku dan lama-lama aku dah mula biasa!!!

Banyak hasutan yang aku terima sewaktu process penerimaan ummie,macam-macam kata-kata tidak enak aku selalu dengar supaya aku membenci ibu tiri oleh orang-orang sekeliling aku, ye kadang-kadang aku terikut jugak dan sering melawan kata-kata ummie kerana aku menganggap beliau orang luar.

Makan pakai aku semua dijaga dengan baik, setiap hari ummie sentiasa masak untuk kami sekeluarga walaupun hujung bulan tak ade duit belanja telur ayam lah menjadi makanan atau lauk kebiasaan kami.

ummie sentiasa mengajar aku dan adik beradik mengenai agama. ummie yang ajar kami solat,mengaji dan sentiasa ingatkan kami untuk ingat ALLAH yang mana sebelum nie abah tak dapat nak bagi sebab terlalu sibuk dengan perkerjaan kerana abah adalah bapa tunggal yang perlu menanggung 5orang anak yang masih belajar . Ye aku tahu ade suara akan bercakap walau sesibuk mana pun seorang bapa tetap kena berikan pendidikan agama. Ea nie kekilafan abah dan ALLAH hadiahkan ummie untuk membentuk kami semula. So akak aku dari tak boleh terima sampai lah boleh terima dan kami jadi makin rapat.

Siapa cakap seorang isteri tidak menginginkan seorang anak , alhamdulillah pada tahun1999 aku sudah berubah status dari anak bongsu kepada seorang kakak. ummie selamat lahirkan seorang bayi lelaki.aku tak tahu lah sewaktu tu aku cemburu atau tidak, bayang kan lah 8tahun hidup manja tetiba ade adik dan kasih dah mula berkongsi, alhamdulillah hubungan aku dan adik amat baik sehingga kini dan kami tiada batasan ko anak mak lain dan aku anak mak lain. walaupun aku dan adik beradik lain panggil ummie adik aku panggil mak. tapi kami tetap kongsi mak yang sama cuma adik aku ade kelebihan lebih lah sebab mak kandungkan.

bagi aku mak tiri aku yang aku panggil ummie nie adalah ibu yang terbaik malah aku lebih sayangkan beliau dari abah sendiri walaupun kadang-kadang perasaan jahat dan asutan syaitan selalu membuatkan aku teringat dengan perkara yang boleh membuatkan aku kecil hati dan membenci ummie dalam kehidupan pasti ada kadang-kadang tidak bersependapat dan bertikam lidah.

ummie jugak adalah tempat meluahkan perasaan aku dari aku bercinta sampai lah aku dah kawen . kalau ade problem orang yang pertama aku carik adalah ummie dan kadang-kadang bapak aku sendiri terasa sebab kiteorang ape-ape carik ummie dlu.hahahah

18tahun sudah kami hidup bersama aku berdoa supaya hubungan kami sehingga ke jannah. ummie adalah ibu yang amat terbaik untuk aku. Tipulah kalau aku katakan ummie tak pernah marah aku dan mengadu dekat abah tentang perihal aku. setiap mak pasti akan marah anak jika melalukan kesalahan dan aku bersyukur ummie tak pernah menganggap kami sebagai anak tiri tapi beliau sentiasa menganggap kami seperti anak sendiri.


TERIMA KASIH PUAN RAJA NORASHIKIN BINTI RAJA AZNAM kerana menerima kami sebagai anakmu. terima kasih menyediakan makanan yang sedap buat kami, terima kasih mengajar kami mengenai agama, terima kasih mendekatkan kami dengan ALLAH.

ummie you are the best mom in the world. terima kasih kerana keluarga ummie sentiasa menerima kami sekeluarga dengan hati yang terbuka dan baik sekali.




i luv you ummie


al-fatihah to EMAK

Kamariah Bt Mispol








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...